Hampir tiap hari keyword Imam Muda hit kat blog ummiross. Ramai peminat rupanya, malah antara keyword tu ialah “no.telefon Imam Muda”, hehe tak dapek den nolong.
IM2 minggu ni bermula dengan penuh hiba. Peserta IM2 turut serta dalam solat jenazah dan pengkebumian mangsa tanah runtuh dari Rumah Anak Yatim dan Anak Al Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. Memang pilu sungguh, tentu sekali Allah lebih menyayangi mereka. Al-Fatihah…
Tak dapat menahan kesedihan…
Tajuk tugasan IM2 minggu ni, menangani hedonism, satu bentuk pemahaman yang membawa manusia berhibur secara berlebihan.
Mengikut JAWI melakukan operasi pencegahan maksiat
IM Nazrul, pelajar terbaik minggu ni, hadiahnya best tau, percutian ke Bandung
Tiada penyingkiran jugak malam ni, mereka semua menunjukkan pencapaian cemerlang termasuk membantu mangsa tanah runtuh di Hulu Langat.
Lumayan hadiahnya, pakej 4 hari 3 malam ke Vietnam, ada sape2 nak ikut…?
Gambar: Dari kaca TV ummiross.
rezeki
ReplyDeletemoga diorang ni dapat menyumbang dalam mengurangkan gejala sosial yang makin parah di negara kita ni...
ReplyDelete@khairul;
ReplyDeleteAlhamdulillah...
@Sham;
ReplyDeleteYe lah Sham, harap2nya begitulah,risau masa depan masyarakat kita...
Suka tgk Imam muda ni berbanding Af kat Astro tuh..huhuhu
ReplyDelete@qelissa
ReplyDeleteBetul tu qelissa, pengisiannya lebih bermakna..