Wednesday, April 6, 2011

KU CIUM TANGANMU…

Alhamdulilah minggu ni diberi kelapangan mengikut suami ke 2 majlis ilmu, satu di Dewan Hikmah Kuching dan satu lagi di masjid, Gita. Ummiross kongsi sikit ilmu ni ye, moga-moga yang sedikit pun ada manafaatnya.

Penceramah kat masjid Gita tu, dari Pontianak Indonesia, memang dah terkenal kat sana. Seperti biasa penceramah dari Indonesia memang best. Ceramahnya memang menyentuh hati, bacaannya dalam sembahyang boleh menitiskan airmata. Mungkin lain kali ummiross cerita, insyaAllah , kali ni nak kongsi yang ni dulu.

Penceramah yang sorang lagi ni mesti ramai dah kenal, Dr.Robiah K.Hamzah. Ada beberapa perkara yang sangat terkesan pada ummiross dari isi ceramahnya:

1. Tak kira apa pangkat yang kita sandang, pangkat pertama kita adalah hamba Allah
2. Tak kira berapa kali atau setinggi mana pangkat kita, pangkat terakhir kita adalah hamba Allah dan pangkat itu jugaklah yang akan kekal selamanya…
3. Sebagai hamba Allah, maka apa jua yang kita buat, hendaklah Allah sentiasa dekat dihati,bukan hanya waktu solat je, hidup dan mati kita hanya untuk Allah.

Yang ni pulak tip untuk lembutkan hati:
1. Sentuhan bisa melembutkan hati, biasakan peluk anak, suami atau isteri.
2. Suami2 kalau nak lembutkan hati isteri, jangan lupa cium dahi isteri, sekurang-kurangnya dua kali sehari, dahi tu istimewa, anggota sujud.
3. Bagaimana nak lembutkan hati suami? Cium tangannya…cair hati suami.

Ummiross rasa ramai yang dah buat ni, ummiross pun selalu cium tangan suami setiap kali sebelum suami keluar rumah atau keluar bekerja, jugak sebelum tidur.

Ku cium tanganmu, kerana kau suami ku,  kerana redha mu membawa kepada redhaNya.


           IMG_2933
Sebahagian aktiviti peserta seminar_rasakan kesan sentuhan…

20 comments:

  1. Salam UmmiRoss, terbaik! Tima kasih berkongsi ilmu, semoga UmmiRoss diberi pahala! Buat apa dgn 2 lapik alas meja tu? Meh nak tengok kat mana UmmiRoss letak! Err blog akak semalam ada peraduan mudah. Meh amik bahagian, main teka-tikam jer, tak payah pikir sangat. Tarikh tutup petang ni kul 6 pm!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dpt ilmu di sini.. Info yg sgt baik ni ummi. Harap2 terus menjadi amalan kita dalam mencari keredhaanNYA.. Thanks ummi utk perkongsian ini. Salam pagi utk ummi..

    ReplyDelete
  3. ilmu yg baik kak..terima kasih (",)

    ReplyDelete
  4. saya kalau nak g keje or mana2 tak pernah cium tangan suami kecuali hari raya.pengakuan ikhlas ni.
    tapi saya comolot (blush!).lagi ok kan ummi?

    ReplyDelete
  5. @Moh Kembara;
    Wasalam kak, InsyaAllah kak semoga sama2 dpt pahala. Pasal alas meja tu.sekarang ni baru duk ambik gambar,kasi barang2 tu 'posing' sakan dulu,minggu depan ummi buat special Entry utk ni,cari idea dulu hiii...,

    ReplyDelete
  6. @Hanis Azla;
    InsyaAllah Hanis,moga2 sama2 dpt manafaat, moga kita istiqomah dalam membuat kebaikan

    ReplyDelete
  7. @Mayana;
    Sedikit ilmu untuk dikongsi Mayana,insyaAllah kita sama2 cuba amalkan

    ReplyDelete
  8. @Syida ;
    Hehe takpe Syida,lain orang lain caranya,mungkin cara Syida lebih berkesan utk lembutkan hati suami

    ReplyDelete
  9. terima kasih kak berkongsi ilmu. sama2 kita memanfaatkannya:)

    ReplyDelete
  10. kak nak minta izin syer dgn kwn2 ye. tqvm:)

    ReplyDelete
  11. @Sweet N Pretty:

    Sama2 Intan, boleh Intan, no problem, ilmu memang untuk dikongsi..

    ReplyDelete
  12. salam kak.. best n3 ni mohon share n follow u

    ReplyDelete
  13. @Sofya;
    Salam Sofya, silakan,no problem, sharing is caring...

    ReplyDelete
  14. owh...nanti dah kawen kena la cium dahi isteri selalu...hehe :)

    ReplyDelete
  15. ummiross... liza nak share link ni kat wall facebook hubby... ha..ha.. entry terbaik!!

    ReplyDelete
  16. @Manueng;
    Hehe betul tu manueng , kawin cepat2 ye hehe...

    ReplyDelete
  17. @liza@Adzriel AB;
    hehe sila lah share, ilmu hak milik semua...

    @AngahSayang2314;

    Hmmm betul tu Angah,dapat jugak pahala kan...

    ReplyDelete
  18. hmmm nice tips. jadiler isteri dan suaminya baik kepada keluarga kerana banyak sangat masalah sosial kat luar sana.

    ReplyDelete
  19. @perondajaketbiru;
    Hmm betul tu, suami yg baik ,isteri yang baik dan hasilnya anak2 yang baik jugak InsyaAllah

    ReplyDelete