Friday, February 7, 2014

MENITIS AIRMATA

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Kadang-kadang ada perkara yang kelihatannya simple sahaja, tapi  mampu buat kita menangis.

Haiwan pun tahu berterima kasih dan erti kasih sayang…pelukan selamat tinggal yang mengharukan.

 

Credits: Institut Jane Goodall France

Wednesday, February 5, 2014

DI TAHUN BARU

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Ada stok kain baru sampai, jadi ummiross agak sibuk. Selain melayan order dari pelanggan, sibuk juga mengambil gambar-gambar kain terbaru, masih banyak lagi yang tak siap. Bermula Januari tahun ni pula, ada tiga kelas pengajian yang ummiross sertai, kelas malam dari pikul 8-10 malam. Selalunya sebelum maghrib dah pergi ke masjid dan solat berjemaah di sana.. Malam hampir pukul 11 baru sampai rumah, kadang-kadang singgah minum dulu di kedai, membasahkan tekak yang kekeringan. Rutin yang agak meletihkan, moga Allah memberikan kesihatan yang baik untuk terus istiqomah.

Alhamdulillah, tahun baru 2014 bermula dengan kurniaan rezeki yang sangat ummiross syukuri. Siapalah kita, jika Allah tidak membuka pintu hati pelanggan-pelanggan untuk membeli kain dari kami. Ummiross mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada Syarikat Pemasaran Karyaneka Malaysia kerana memilih kami untuk belian borong Batik Sarong Sarawak. Moga urusniaga akan berterusan, insyaAllah.

Terima kasih juga kepada salah sebuah sekolah di Sabah yang membeli borong kain pasang Etnik aka Batik Sarawak untuk uniform guru-guru. Terima kasih puan ‘M’ sebagai wakil yang menguruskan order mereka.

Belian borong juga datangnya dari peruncit yang berniaga secara kecil-kecilan, moga Allah memberkati usaha kalian dan melimpahkan rezeki yang penuh keberkatan. Tak lupa kepada yang membuat belian runcit, kesudian anda membeli amat-amat dihargai.

Terima kasih daun keladi…
Lain kali order lagi…

Syarikat Pemasaran Karyaneka Malaysia
Kod:BS
Pos:10.1.2014
Treking:CD192793624MY
              CD192793522
              CD192793638MY

Ain Husna
Kod:KPH
Pos:30.1.2014
Treking:EF133463763MY

Amie
Kod:KPH
Pos:30..1.2014
Treking:EF133463661MY

Ramlah
Kod:KPH
Pos:30.1.2014
Treking:EF133463635MY

Melissa
Kod:KPH
Pos:28.1.2014
Treking:EF099570796MY

Rose
Kod:KPH
Pos:28.1.2014
Treking:EF133463631MY

Hajjah Ku Zam
Kod:Kain Tenun
Pos:28.1.2014
Treking:EF178954802MY

Magdalena
Kod:RD
Pos:28.1.2014
Treking:EF133464962MY

Nurul Ashikin
Kod:BS
Pos:26.1.2014
Treking:EM651176935MY

Hasmirani
Kod:RD & BS
Pos:24.1.2014
Treking:EF178954847MY

Nor Hayati
Kod:Kain Tenun
Pos:24.1.2014
Treking:EM614288875MY

Mira
Kod:RD dan BS
Pos:24.1.2014
Treking: EM651176983MY

Nor Aziha
Kod:BS
Pos:23.1.2014
Treking: CD192793862MY

Rafizah
Kod:RD
Pos:22.1.2014
Treking:EF178954793MY

Mawarti
Kod:KPH
Pos:21.1.2014
Treking: EF40668952MY

Safurah
Kod:BS
Pos:21.1.2014
Treking: EF40669017MY

Rose
Kod:KPH
Pos:21.1.2014
Treking:CD192793553MY

Mawarti
Kod:KPH
Pos:17.1.2014
Treking:EM651176847MY

Mawarti
Kod:KPH-Kain pasang Etnik.
Pos:13.1.2014
Treking:EM651176864MY

Murni
Kod:RD
Pos:13.1.2014
Treking:CD192793563MY

Nor Anitah
Kod:BS
Pos:6.1.2014
Treking:CD192793615MY

Murni
Kod:RD
Pos:13.1.2014
Treking:CD192793563MY

Nor Illiana
Kod:BS
Pos:6.1.2014
Treking:EF133463658MY

Agnes
Kod:BS
Pos:6.1.2014
Treking: EF133463627MY

Florina
Kod:BS
Pos:4.1.2014
Treking: EF099722236MY

Thursday, January 30, 2014

MELAMINE SPONGE JEPUN MARI

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Ohayou gozaimasu..!!!, hehe..mentang-mentang masuk DAISO ye, bahasa Jepunlah pula kita. Bila masuk DAISO macam-macam nak beli kan.Walaupun kebanyakan barang harganya RM5, kutip sana kutip sini, akhirnya penuh juga satu raga, senang-senang je RM5 dah jadi RM50.

Melamine Sponge ni antara barang yang ummiross suka sangat, susah nak cari kat kedai lain, kalau kat DAISO ada macam-macam bentuk, yang dah siap potong kecil-kecil pun ada.

 IMG_9791

 

Si sponge dari Jepun ni memudahkan kerja-kerja menyental pinggan mangkuk di dapur, sangat efektif menghilangkan kesan degil dari teh, kopi dan lain-lain pada cawan dan gelas, juga kesan kunyit dan yang sewaktu dengannya pada pinggan mangkuk. Bila guna melamine sponge ni tak main dah sental-sental lagi, cuma lembapkan sponge, selepas tu gosok-gosok manja je pada mug ke, cawan ke, insyaAllah, kejap je semua kesan degil tu hilang.

Mug yang mula mengumpul kesan degil, jenuh menyental tak tanggal juga atau ummiross yang tak cukup tenaga..

 IMG_9793

 

Setelah menggunakan Melamin sponge, hasilnya seperti baru..memancar-mancar kilatnya, sehingga ‘menciutkan’..hehe pinjam ayat iklan sebab dah kehilangan kata-kata.

IMG_9794

Lepas ni lama kita semua bercuti ye, selamat menghabiskan masa-masa berharga dan bahagia bersama keluarga tercinta.

ps: ummiross lepak kat rumah je, kalau berjalanpun dekat-dekat jelah :)

Monday, January 27, 2014

BATIK SARAWAK CANTIK UNTUK RAYA

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang…

Awal-awal dah bercakap pasal baju raya, puasa pun belum ye. Nak buat macamana raya tahun ni awal kan. Malah dah ada tukang jahit yang dah tetapkan setakat bulan Mac sahaja akan menerima tempahan, jadi sesuai sangatlah kalau nak membeli kain untuk baju raya sekarang.

Kain kali ni cantik sangat. Kainnya bercorak di bahagian kaki dan mempunyai ‘tone’ warna. Warnanya pula lembut dan menawan.

Bagi yang berminat untuk membuat uniform sekolah atau pejabat, sila hubungi ummiross untuk dapatkan diskaun harga yang istimewa.

Terbuka untuk jualan runcit dan borong. Sesiapa yang berminat sila hubungi :-
ummiross@gmail.com atau sms sahaja ke 016 878 4960.

Jenis: Batik Sarawak..
Material: Rose Silk (Polyester)-Kain lembut beralun dan tidak nipis.
Harga runcit: RM89 sepasang.
(Boleh juga dibeli mengikut ukuran meter yang dikehendaki)

                                          KPH92-COKLAT GOLD

DSC_0310 DSC_0312 

 DSC_0367 DSC_0372

 

 

                              KPH93-TURQOISE(Soft green turqoise)

DSC_0300 DSC_0299 

IMG_9872 DSC_0383 

 

 

                                                    KPH94-PURPLE PINK

  IMG_9858IMG_9904      DSC_0384IMG_9880

 

 

                                           KPH95-BIRU LAUT

DSC_0318DSC_0326

  DSC_0361DSC_0359

 

                                                  KPH96-Hijau lumut

DSC_0480aDSC_0493a

DSC_0481DSC_0496a

 

Warna-warna lain yang boleh dipilih adalah seperti gambar di bawah.

    KPH97-COKLAT KEKUNINGAN

IMG_9914

 

                 KPH98-PURPLE

IMG_9916

 

                   KPH99-MERAH                   

IMG_9931ab

 

WARNA MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA DISEBABKAN KESAN PECAHAYAAN DAN SKRIN GAJET ANDA.

Thursday, January 23, 2014

BURUNG

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Pagi yang indah. Seronok kan kalau dapat dengar kicauan burung pada waktu pagi. Kalau kat kampung biasanya masih meriah dengan kicauan burung, maklumlah pokok-pokok masih banyak, sumber rezeki burung ada disitu. Jika di bandar, buka jendela, pagi-pagi meriah juga, meriah dengan deruman enjin kereta.

Yang seronoknya, kat Putrajaya ni masih banyak burung-burung. Mungkin sebab banyak pokok-pokok. Masih terasa suasana seperti di kampung, pohon-pohon menghijau, pagi yang nyaman dan kicauan burung yang mendamaikan..saya suka keindahan alam.

Gambar burung-burung ni ummiross ambil ketika ‘strolling’ di sekitar tasik Putrajaya, dari jarak jauh. ‘Morning walk’ sambil menikmati tiga unsur sejuk bergabung, tanah, air dan angin..

 DSC_0208

 

 DSC_0227

 

 DSC_0149

 

  DSC_0163

Burung antara haiwan yang banyak disebut dalam Al Quran. Antaranya dalam surah Al-Mulk. 

(Firman Allah SWT dalam Surah Al-Mulk, ayat 19)

أَوَلَمْ يَرَوْا إِلَى الطَّيْرِ فَوْقَهُمْ صَافَّاتٍ وَيَقْبِضْنَ ۚ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلَّا الرَّحْمَٰنُ ۚ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ بَصِيرٌ

“Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatup sayapnya diatas mereka? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh)) melainkan Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat akan tiap-tiap sesuatu”.

Begitulah Allah meciptakan sesuatu, setiap ciptaan jika direnung, penuh dengan hikmah dan pengajaran.

Wassalam.

Thursday, January 16, 2014

BILA TIADA INTERNET

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang…

Beberapa hari tidak bersiaran, tiada talian internet. Mula-mula tak kisah sangat sebab cuti hujung minggu, sibuk dengan aktiviti sekeluarga. Hari selasa telefon IST(internet service provider yang kami langgan-nama biarlah rahsia, tapi ramai yang guna ni).

Katanya pekerja akan dihantar dalam masa 24 jam. Hari berganti baru, 24 jam berlalu, tak juga muncul orang yang ditunggu. Pagi tu anak telefon lagi, ok.. katanya kejap lagi kami hantar Sampai tengahari tak nampak bayang. Petang Mrhubyy telefon lagi customer service, sambil bagi ‘lecture’ sikit, kata hubby dia kecewa dengan service syarikat ni, kalau ikut kan hati memang nak terminate je, tapi apakan daya, contract masih ada.

Tak sampai sejam lepas tu, sampailah pekerja mereka dan tak sampai 15 minit dah siap kerjanya, rupanya fiber optik dalam wayar tu patah, potong bahagian yang patah dan sambung balik, taraaaa, dah ada internet. Bukan masalah besar pun rupanya, yang jadi masalah janji dicapati, hehe..tak ditepati. Nasib baik adik-adik pekerja yang datang tu baik budi pekertinya, sejuk hati.

Teringin baca entry rakan-rakan yang tertinggal beberapa hari, insyaAllah, nanti ada masa free, akan bw, see you..