Sakit adalah ujian, bukan sahaja untuk diri sendiri, tapi jugak untuk orang2 tersayang disekeliling kita. Beberapa bulan dulu, ummiross terbaca di fb rakan lama, ‘dia ibuku, tapi kini dia sedang sakit….’. Terasa sayu sangat hati ini, ringkas je tulisannya, tapi ummiross dapat rasakan kesedihan dan keresahan yang ditanggung oleh si anak kerana ibunya akan menghadapi satu pembedahan besar.
Beberapa hari lalu, ketika mendapatkan rawatan susulan di pusat rawatan, ummiross terpandang sepasang suami isteri yang telah lanjut usia. Si isteri berkerusi roda, manakala suaminya kelihatan masih sihat walaupun nampak agak lemah dimakan usia. Ketika menunggu giliran, si isteri memanggil nama suami kerana ingin menunaikan ‘hajat’. Diangkatnya si isteri ke tandas duduk untuk pesakit,kemudian bila selesai diangkat kembali ke kerusi roda. Dengan kudrat yang bersisa dia melayani isterinya dengan penuh kesabaran.
Mendengar orang sakit, simpati…, persis kita tak akan sakit. Tapi sakit boleh datang secara tiba2. Bila ummiros sakit, untuk beberapa hari ummiross tak dapat menjalankan rutin biasa, dinasihatkan banyak berehat. Tentu sekali menggusarkan orang2 tersayang. Setiap pagi selepas solat subuh, Mr hubby membawa sebuah dulang ke tingkat atas. Di dalamnya ada semangkuk sarapan pagi yang ringkas, quaker oat, atau telur separuh masak, secawan milo, segelas air sejuk dan segelas air suam untuk membancuh ubat.
“Abang doakan ‘ummi’ setiap kali lepas solat”, ummiross buat muka sedih, “… bahkan setiap kali sujud”, jawab Mr hubby. Terharunya…
Rajin pulak Mr hubby memasak untuk makan malam. Dari seringkas sardin masak merah sehinggalah secanggih sphagetti carbonara. Berselera jugak ummiross makan walaupun sakit, maklumlah makan berhidang.
Ummiross kata “sedap abang masak”. Mr hubby tanya “tau tak kenapa sedap?”, ummiross tak sempat jawab sebab makanan penuh dalam mulut. Kata Mr hubby, “sebab ia di masak dengan penuh kasih sayang…”.
Untuk Mr hubby, ini adalah entry kasih sayang….luv u so much!