Thursday, January 30, 2014

MELAMINE SPONGE JEPUN MARI

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Ohayou gozaimasu..!!!, hehe..mentang-mentang masuk DAISO ye, bahasa Jepunlah pula kita. Bila masuk DAISO macam-macam nak beli kan.Walaupun kebanyakan barang harganya RM5, kutip sana kutip sini, akhirnya penuh juga satu raga, senang-senang je RM5 dah jadi RM50.

Melamine Sponge ni antara barang yang ummiross suka sangat, susah nak cari kat kedai lain, kalau kat DAISO ada macam-macam bentuk, yang dah siap potong kecil-kecil pun ada.

 IMG_9791

 

Si sponge dari Jepun ni memudahkan kerja-kerja menyental pinggan mangkuk di dapur, sangat efektif menghilangkan kesan degil dari teh, kopi dan lain-lain pada cawan dan gelas, juga kesan kunyit dan yang sewaktu dengannya pada pinggan mangkuk. Bila guna melamine sponge ni tak main dah sental-sental lagi, cuma lembapkan sponge, selepas tu gosok-gosok manja je pada mug ke, cawan ke, insyaAllah, kejap je semua kesan degil tu hilang.

Mug yang mula mengumpul kesan degil, jenuh menyental tak tanggal juga atau ummiross yang tak cukup tenaga..

 IMG_9793

 

Setelah menggunakan Melamin sponge, hasilnya seperti baru..memancar-mancar kilatnya, sehingga ‘menciutkan’..hehe pinjam ayat iklan sebab dah kehilangan kata-kata.

IMG_9794

Lepas ni lama kita semua bercuti ye, selamat menghabiskan masa-masa berharga dan bahagia bersama keluarga tercinta.

ps: ummiross lepak kat rumah je, kalau berjalanpun dekat-dekat jelah :)

Monday, January 27, 2014

BATIK SARAWAK CANTIK UNTUK RAYA

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang…

Awal-awal dah bercakap pasal baju raya, puasa pun belum ye. Nak buat macamana raya tahun ni awal kan. Malah dah ada tukang jahit yang dah tetapkan setakat bulan Mac sahaja akan menerima tempahan, jadi sesuai sangatlah kalau nak membeli kain untuk baju raya sekarang.

Kain kali ni cantik sangat. Kainnya bercorak di bahagian kaki dan mempunyai ‘tone’ warna. Warnanya pula lembut dan menawan.

Bagi yang berminat untuk membuat uniform sekolah atau pejabat, sila hubungi ummiross untuk dapatkan diskaun harga yang istimewa.

Terbuka untuk jualan runcit dan borong. Sesiapa yang berminat sila hubungi :-
ummiross@gmail.com atau sms sahaja ke 016 878 4960.

Jenis: Batik Sarawak..
Material: Rose Silk (Polyester)-Kain lembut beralun dan tidak nipis.
Harga runcit: RM89 sepasang.
(Boleh juga dibeli mengikut ukuran meter yang dikehendaki)

                                          KPH92-COKLAT GOLD

DSC_0310 DSC_0312 

 DSC_0367 DSC_0372

 

 

                              KPH93-TURQOISE(Soft green turqoise)

DSC_0300 DSC_0299 

IMG_9872 DSC_0383 

 

 

                                                    KPH94-PURPLE PINK

  IMG_9858IMG_9904      DSC_0384IMG_9880

 

 

                                           KPH95-BIRU LAUT

DSC_0318DSC_0326

  DSC_0361DSC_0359

 

                                                  KPH96-Hijau lumut

DSC_0480aDSC_0493a

DSC_0481DSC_0496a

 

Warna-warna lain yang boleh dipilih adalah seperti gambar di bawah.

    KPH97-COKLAT KEKUNINGAN

IMG_9914

 

                 KPH98-PURPLE

IMG_9916

 

                   KPH99-MERAH                   

IMG_9931ab

 

WARNA MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA DISEBABKAN KESAN PECAHAYAAN DAN SKRIN GAJET ANDA.

Thursday, January 23, 2014

BURUNG

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Pagi yang indah. Seronok kan kalau dapat dengar kicauan burung pada waktu pagi. Kalau kat kampung biasanya masih meriah dengan kicauan burung, maklumlah pokok-pokok masih banyak, sumber rezeki burung ada disitu. Jika di bandar, buka jendela, pagi-pagi meriah juga, meriah dengan deruman enjin kereta.

Yang seronoknya, kat Putrajaya ni masih banyak burung-burung. Mungkin sebab banyak pokok-pokok. Masih terasa suasana seperti di kampung, pohon-pohon menghijau, pagi yang nyaman dan kicauan burung yang mendamaikan..saya suka keindahan alam.

Gambar burung-burung ni ummiross ambil ketika ‘strolling’ di sekitar tasik Putrajaya, dari jarak jauh. ‘Morning walk’ sambil menikmati tiga unsur sejuk bergabung, tanah, air dan angin..

 DSC_0208

 

 DSC_0227

 

 DSC_0149

 

  DSC_0163

Burung antara haiwan yang banyak disebut dalam Al Quran. Antaranya dalam surah Al-Mulk. 

(Firman Allah SWT dalam Surah Al-Mulk, ayat 19)

أَوَلَمْ يَرَوْا إِلَى الطَّيْرِ فَوْقَهُمْ صَافَّاتٍ وَيَقْبِضْنَ ۚ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلَّا الرَّحْمَٰنُ ۚ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ بَصِيرٌ

“Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatup sayapnya diatas mereka? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh)) melainkan Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat akan tiap-tiap sesuatu”.

Begitulah Allah meciptakan sesuatu, setiap ciptaan jika direnung, penuh dengan hikmah dan pengajaran.

Wassalam.

Thursday, January 16, 2014

BILA TIADA INTERNET

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang…

Beberapa hari tidak bersiaran, tiada talian internet. Mula-mula tak kisah sangat sebab cuti hujung minggu, sibuk dengan aktiviti sekeluarga. Hari selasa telefon IST(internet service provider yang kami langgan-nama biarlah rahsia, tapi ramai yang guna ni).

Katanya pekerja akan dihantar dalam masa 24 jam. Hari berganti baru, 24 jam berlalu, tak juga muncul orang yang ditunggu. Pagi tu anak telefon lagi, ok.. katanya kejap lagi kami hantar Sampai tengahari tak nampak bayang. Petang Mrhubyy telefon lagi customer service, sambil bagi ‘lecture’ sikit, kata hubby dia kecewa dengan service syarikat ni, kalau ikut kan hati memang nak terminate je, tapi apakan daya, contract masih ada.

Tak sampai sejam lepas tu, sampailah pekerja mereka dan tak sampai 15 minit dah siap kerjanya, rupanya fiber optik dalam wayar tu patah, potong bahagian yang patah dan sambung balik, taraaaa, dah ada internet. Bukan masalah besar pun rupanya, yang jadi masalah janji dicapati, hehe..tak ditepati. Nasib baik adik-adik pekerja yang datang tu baik budi pekertinya, sejuk hati.

Teringin baca entry rakan-rakan yang tertinggal beberapa hari, insyaAllah, nanti ada masa free, akan bw, see you..

Friday, January 10, 2014

SURATAN

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang…

Terima kasih nhhas atas ingatan. Sepulang dari Sydney ada souvenir untuk ummiross, fm dan keychain koala yang cute tu. Seronok baca entry nnhas sekeluarga melacong ke Australia baru-baru ni. Selain tu, ada juga majalah al-Ustaz dengan topik pilihan bulan ni yang cukup menarik. “Stail Melancong Bersyariat”, bagus sekali untuk dijadikan panduan.

Secara kebetulan kami duduk bersebelahan semasa kelas Bahasa Arab Al Furqan. Sudah suratan perkenalan kami bermula di situ. Seronok berkongsi minat yang sama. Moga ukhwah berkekalan, insyaAllah.

 IMG_9702  IMG_9696IMG_9701

 

Sekadar perkongsian. Untuk warga Putrajaya dan sekitar, ada majlis ilmu di Masjid Besi (MTMZA) malam ni, penceramah Ustaz Fauzi Mustaffa, topik pun menarik ni, “Indahnya Perubatan Islam”. Moga menjadi perkongsian bermanafaat.

1557515_779887535358757_1942995657_n 
Gambar: Credit to fb MTMZA.

Wassalam.

Thursday, January 9, 2014

UNIVERSE

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Maa' (ماء) atau air banyak disebut dalam Al Quran. Minyak juga ada disebut dalam Al Quran dan secara spesifiknya minyak yang disebut adalah minyak zaitun.

Firman Allah SWT: “Allah yang menerangi langit dan bumi. Perumpamaan nur Allah adalah seperti sebuah lubang (yang tidak tembus), yang di dalamnya ada pelita, pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar seperti mutiara, pelita itu dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkati, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat yang minyaknya hampir-hampir memancarkan cahaya bersinar, walaupun tidak disentuh api, cahaya berlapis cahaya, Allah membimbing sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu dan Allah mengemukakan pelbagai perumpamaan untuk umat  manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” (An-Nur: 35)

Minyak dan air tidak bercampur. Namun tiap satunya memberi manafaat yang besar kepada manusia dan seluruh kehidupan di alam semesta. Sifat tidak bercampur minyak dan air bila dirakam oleh lensa kamera menghasilkan pelbagai bentuk yang unik dan menarik.

DSC_0116

Wednesday, January 8, 2014

ANAK-ANAK

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Ummiross sedang berkira-kira nak membeli filter untuk kamera ummiross. Jadi minta tolong anak-anak survey dulu mana yang sesuai. Ummiross sangat suka menghayati keindahan alam ciptaan Allah SWT. Semuanya ingin dirakam sebaik mungkin untuk catatan kenangan, manifestasi dari rasa kagum dengan kebesaran Allah dan seluruh ciptaanNya..kun fayakun, maka jadilah, kejadian yang terindah.

1.1.2014…Happy New Year and Happy Old Me. Hari lahir ummiross. Bila dah Otai ni, tidaklah excited sangat nak menyambutnya. Cuma sangat-sangat bersyukur Allah masih pinjamkan umur, yang masih berbaki entah berapa lama lagi. Moga Allah SWT panjangkan umur dengan kesihatan yang baik serta mengurniakan kebaikan dunia dan akhirat.

Tak sangka pula, rupanya anak-anak nak buat kejutan. Dah berpakat dua beradik tu, diam-diam mereka membeli filter secara online, HOYA HD FILTER CIR-PL (67mm). Elok pula sampai pada hari pertama tahun baru tu. Bila pihak courier serahkan parcel, ingatkan anak-anak yang punya, sebabnya memang mereka kerap juga membeli barang secara online. Setelah dibuka dan mereka hulurkan pada ummiross, ‘happy birtday ummi, hadiah hari jadi ummi”. Subhanallah..terharu pula jadinya. Anak-anak…they light up my day. Begitulah kan sedikit ingatan sudah cukup untuk menceriakan suasana. Terima kasih permata hati ummi…

 DSC_0080

 

My ‘buddy’ with new ‘sunglasses’…cool!

IMG_9683 

 

Jom tonton video ni pendek ni untuk tambah pengetahuan, fungsi polarising filter dalam fotografi.

 

“Saya mak budak baru belajar, maafkan saya, saya hanya berkongsi minat, ilmu masih tak seberapa”.

Monday, January 6, 2014

PENGAJIAN KITAB TAFSIR BERSAMA USTAZ DON.

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Alhamdulillah..syukur sangat dengan nikmat masa dan peluang untuk menuntut ilmu. Beginilah antara impian kami mengagihkan waktu di usia senja. Masa terluang bila anak-anak dah besar perlu dimanafaatkan sebaik mungkin. Dapat pula bermastautin di persekitaran yang sentiasa meriah dengan majlis ilmu, sungguh ia satu nikmat Tuhan yang amat kami syukuri.

Sabtu..pagi. Selepas kuliah subuh, ada senaman taichi di Masjid Tuanku Mizan aka Majid Besi, Putrajaya, di bahagian terbuka dengan pemandangan yang cantik. Disamping mendapat ilmu, boleh pula beriadah untuk kesihatan. Kebanyakan jemaah adalah Otai, jadi sesuai sangatlah dengan senaman taichi ni. Seronok sungguh bertaichi dalam keadaan santai, tak perlu legging bagai ye,  ada yang berjubah, ada yang berkain pelikat, ada yang masih bertelekung, hehe..tapi masih tetap dapat mengikut step yang diajar oleh instruktor.

Muslimat dibahagian belakang, tekun mengikut step yang diajar.

IMG_9668

 

Hari sabtu petang meredah hujan lebat, bertandang pula ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selepas solat maghrib, ada kelas pengajian kitab tafsir Nurul Ihsan bersama Ustaz Don Daniyal. Impian menjadi nyata, hasrat nak berguru dengan Ustaz Don tercapai jua.

1483386_474548902656605_538050256_n
Gambar: dari fb MSSAAS.

Friday, January 3, 2014

KAIN TENUN TERENGGANU

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Alhamdulillah tahun baru 2014 bermula dengan senyuman. Apapun.. catatan pengalaman ummiross tangguhkan dulu.

Istimewa untuk pelanggan semua, ummiross paparkan koleksi terbaru kami yang sangat elegant, kain tenun warisan zaman-berzaman. Tampil dengan warna-warna menawan, pink, maroon, turqoise, gold dan purple. Menambahkan variasi kain tenun ni didatangkan dalam padanan yang mantap dimana kain tenun polos dipadankan dengan kain tenun bercorak. Kain tenun ni lembut, halus dan ringan serta sangat selesa dipakai.

Stok terhad sebab kain tenun ni memang susah nak dapat, jadi jika ada yang berminat, cepat-cepatlah order ye.

Deskripsi
Jenis:Kain Tenun Terengganu.
Ukuran: 2m tenun polos, 2m tenun bercorak
Harga: RM99 sepasang (termasuk postage)

 

                                                          KT01-PINK

 IMG_9536DSC_0004

 

 

                                                           KT02-MAROON

 DSC_0036DSC_0048

 

 

                                                               KT03-TURQOISE

DSC_0035DSC_0049

 

 

                                                          KT04-GOLD

   IMG_9588ADSC_0056

 

 

                                                             KT05-PURPLE

IMG_9608   IMG_9600

 

Terbuka untuk jualan runcit, hubungi kami di:

ummiross@gmail.com atau sms sahaja ke 016 878 4960

PS; WARNA MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA DISEBABKAN KESAN PENCAHAYAAN DAN SKRIN GAJET ANDA.

Thursday, January 2, 2014

INGATAN

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang

Selamat tahun baru 2014, moga rakan-rakan semua diberkati Allah SWT sentiasa. Pahit manis 2013 kita tinggalkan, moga semakin banyak ruang dan peluang untuk kita memperbaiki diri.

Terima kasih MumMe atas ingatan. Cantik-cantik dan cute sangat souvenir dari Jepun ni. Seronok dengar cerita MumMe sekeluarga menghabiskan percutian selama 5 hari di Disneyland Jepun baru-baru ni. Sempatlah juga kami bersembang sekejap semasa MumMe singgah di rumah untuk menghantar souvenir ni. Ummiross memang teringin juga nak ke Jepun ni, kiranya termasuk jugalah dalam senarai impian Mat Jenin, hehe..InsyaAllah Jepun antara destinasi yang ingin dijejaki, moga-moga ada rezeki nanti.

IMG_9492 IMG_9609
Daun berfungsi sebagai termometer, berubah warna dengan perubahan suhu. Kalendar pun comel je, dah berada atas meja komputer ummiross ni. Bila tengok kalendar, teringat MumMe :)

IMG_9495  IMG_9498
Yang cute2 dari MumMe cayaang!. thank you dear..

Alhamdulillah penghujung tahun 2013 masih meriah dengan order Batik Sarong Sarawak dan kain pasang aka Batik Sarawak pelbagai corak terutama corak etnik pua kumbu.Begitu juga sambutan yang menggalakkan terhadap kain Ratna Dewi dan Batik Cotton Bangkok yang sangat menawan dengan corak bunga-bungaan. Syukur kebanyakannya adalah order borong, moga semuanya terus berjaya menjana income sendiri. Terima kasih juga kepada Karyaneka Malaysia kerana sudi order kain dari pihak kami. Kepada customer yang membuat belian runcit, terima kasih juga kerana sentiasa menyokong kami. Moga semuanya dianugerahkan rezeki dan kesihatan yang baik. Happpy New Year.

Hasmirani
Kod:BS
Pos: 31.12.2013
Treking: EM650972773MY

Siti Norliza
Kod:BS
Pos: 31.12.2013
Treking: EM650972800MY

Nurliyana
Kod:BS
Pos: 19.12.2013
Treking: EF133463701MY

Karyaneka Malaysia
Kod:BS
Pos: 19.12.2013
Treking: EF133464018MY

Nurliyana
Kod:BS
Pos: 19.12.2013
Treking: EF133463967MY

J. Henry
Kod:KPH
Pos: 19.12.2013
Treking: EF133664049MY

Rose
Kod:BS
Pos: 16.12.2013
Treking: EF133463905MY

Noorazniha
Kod:BS
Pos: 16.12.2013
Treking: EF133463967MY

Nurliyana
Kod:BS
Pos: 16.12.2013
Treking: EF060524875MY

Misa
Kod:BS
Pos: 16.12.2013
Treking: EF060524901MY

Floria
Kod:RD
Pos: 12.12.2013
Treking: EF178999959MY

Norhayati
Kod:RD
Pos: 9.12.2013
Treking: EF178999928MY

Junaidah
Kod:KPH
Pos: 6.12.2013
Treking: EF060524813MY

Fadhilah
Kod:BS
Pos: 6.12.2013
Treking: EF060524892MY

Liana
Kod:BS
Pos: 3.12.2013
Treking: EF058584963MY

Zubaidah
Kod:KPH
Pos: 3.12.2013
Treking: EF058584994MY

Sapiah
Kod:BS
Pos: 29.11.2013
Treking: CD192793845MY