Thursday, November 21, 2013

PENYIBUK KE?

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Mulakan dengan senyuman..baca perkataan penyibuk tu dengan lemah lembut ye, sebab penyibuk yang ummiross maksudkan ni bukan penyibuk yang menyakitkan hati, tapi penyibuk yang sangat menghibur hati.

Setiap kali bila kita buat kerja, adalah si Cicie ni datang menyibuk. Yang paling dia suka. masuk dalam kotak, asal je ummiross buka kotak untuk pack kain Batik Sarawak yang diorder oleh pelanggan, dia akan masuk dalam kotak tu. Bila dah letak kain dalam kotak, dia masuk dalam penutup kotak pula. Tengoklah gambar kat bawah ni, selamba je duduk dalam penutup kotak. Bila kita suruh keluar, bulat je mata merenung, macam paham-paham je apa yang kita cakap.

IMG_3556

 

Yang ni pula masa ummiross duk sibuk ambil gambar kain-kain yang baru sampai, setia je dia menunggu, dah tengah malam ni, hanya kami berdua kat tingkat bawah ni. Saaayang sangat kat Cicie ni, dalam penyibuk dia, tapi penyayang juga, sayang juga kat mummy angkat dia ni, hehe..

IMG_3470

 

Bila tengok dia tidur, hati jadi cair..terapi jiwa.

 DSC_0194 (2)

Tuesday, November 19, 2013

RESEPI PIZZA SIMPLE DAN SEDAP

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Ummiross kadangkala bila nak masak sesuatu resepi yang jarang dibuat, suka juga  meng’google’. Bukannya apa, kalau tak ikut sepenuhnya pun, boleh juga dijadikan panduan untuk penambahbaikan, kadang-kadang ada tip yang diberi sangat bagus dan kita tak tahu pun sebelum tu, belajar dari yang pakar, ramai yang pandai memasak di luar sana termasuk rakan-rakan blogger kita kan.

Keyword yang kerap digunakan..selalunya ada lah perkataan SIMPLE dan SEDAP. Contohnya..nasi minyak simple dan sedap, kek coklat simple dan sedap, nasi ayam simple dan sedap, nasi briyani simple dan sedap, rendang simple dan sedap..hehehe..berapa banyak simple dan sedap daaa!. Nak simple sebab penyakit M yang tak nak berlama-lama kat dapur, nak sedap sebab melayan selera sekeluarga. Apapun banyak yang simple tapi sedap kan…Simply Delicious.

Ahakz!!..ni bukan lagi simple, tapi ready made punya. Pucuk dicita ulam mendatang, pizza dicita, crispy crust yang datang. Pizza base ni ummiross beli kat Alamanda.

DSC_0355

Dalam kotak ni ada 2 keping. Memang sesuai sangatlah untuk yang malas nak menguli macam ummiros ni.  Selepas disapu dengan tomato paste, ummiross bakar sekejap sebab nak bagi rangup.

DSC_0357

 

Seafood pizza..guna udang dan sotong je. Yang lain-lain tu biasalah, ada capsicum, cendawan butang, tomato, serbuk lada hitam dan yang penting cheese tu bagi meleleh!.  Perisa tu pandai-pandai sendirilah ye, topping pizza ni boleh ikut kreativiti, ummiross ikut mana bahan yang ada je, hehe..

DSC_0358

 

Taraaaa!!! pizza yang rupanya tak seberapa, janji sedap pada selera kita, mewah dengan udang dan sotong,pergh!!. Ada nenas juga, nenas dalam tin punya. Nenas ni bagus untuk elakkan rasa muak.

DSC_0384     DSC_0385

 

Topping yang kedua, umiross gaulkan dengan mayonnaise dahulu, kalau ada thousand island lagi best, kemudian goreng sekejap menggunakan minyak zaitun, supaya toppingnya tak berair sangat nanti dan pizza lagi rangup. Cheese double layer..hehe..mula-mula tu dah bubuh cheese, dah dekat nak masak tabur lagi sekali cheese dan bakar sekejap, perghh!!, meleleh-leleh!.

DSC_0368

Lemak berganda…nanti kita jogging ye..kita makan dulu!!!

Friday, November 15, 2013

DARI SEBIJI

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Bila customer gembira, tentu ummiross pun berkali-kali gembira. Apatah lagi jika ada customer yang dapat pula menjana pendapatan dari kain-kain yang dibeli dari Salam borneo.blogspot.com. Moga kita sama-sama murah rezeki ye, kita saling mendoakan. Dan jangan lupa, untuk murah rezeki, kita kena rajin memberi, rezeki untuk dikongsi, sedikit atau banyak bukan ukuran, yang penting penuh keikhlasan. Sama-sama kita ye, ummiross mengingatkan diri sendiri juga sebenarnya.

1383707_1422926351260540_127941866_n

 

“ Akak barang semua dah sampai dengan selamatnya…cantik sangat kain-kain ni..love it..love it..love it so much..happy sangat! “…customer dari Johor.

“ok..business kain hari tu, tinggal 6 helai saja lagi ”…customer dari Sabah.

Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi order Batik Sarong Sarawak, Kain Ratna Dewi dan Ratna Dewi Songket dan Batik Cotton Thai, Batik Sarawak aka Kain pasang Etnik Sarawak samada order runcit dan juga order borong.  Ummiross saaaaaaayang semuanya!!!! :)

 

Terima kasih daun Keladi
Lain kali order lagi

Nurliyana  : Selangor
Kod : RD
Pos: 15.11.2013
Treking: Em403347550MY

Susan  : Sabah
Kod : BC
Pos: 15.11.2013
Treking: Em403347550MY

Safurah  : Selangor
Kod : BS
Pos: 12.11.2013
Treking: EF060524654MY

Norhayati  : Johor
Kod : BS
Pos: 12.11.2013
Treking: EF060524566MY

Yan  : Johor
Kod : RD
Pos: 11.11.2013
Treking: EF403347617MY

Floria  : Sabah
Kod : RD
Pos: 29.10.11.2013
Treking: EF403347603MY

Liana  :
Kod : BS
Pos: 23.10.2013
Treking: EF058584932MY

Aireen  : Kuala Lumpur
Kod : BS
Pos: 10.10.2013
Treking: EF059306970MY

Martha  : Sabah
Kod : KPH
Pos: 10.10.2013
Treking: EF059306966MY

Tuesday, November 12, 2013

TANJUNG BIDARA INDAHNYA!

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Ummiross ni kalau Teluk Bidara atau Tanjung Jara, memang dah biasa sangat. Pagi minggu kami suka berjogging sepanjang pantai, menghirup udara segar dan nyaman  sambil melihat matahari terbit. Itu cerita dulu-dulu, semasa kami di Dungun, Terengganu.

Baru-baru ni bila Mrhubby ajak ke Tanjung Bidara, ummiross memang excited sebab memang tak pernah lagi ke sana. Boleh tanya pula kat mana tu, bunyinya macam Teluk Bidara je.

Kami menginap dua malam di Tanjung Bidara Beach Resort, Masjid Tanah, Melaka. Haa..kat Melaka rupanya ye, taklah jauh dari KL kan. Memang sesuai untuk percutian hujung minggu. Terdapat banyak chalet sepanjang pantai  Tanjung Bidara ni, pilihlah yang mana suka.

IMG_8984

 

Waa..seronoknya berdiri mengadap Selat Melaka, selat terpanjang dan tersibuk di dunia. Tumpang bangga walaupun ummiross bukan orang Melaka. Teringat si cantik Anies, orang Melaka, bilalah dapat lepak sama-sama ye.

 DSC_0347

Dari kejauhan, nampak berbalam berpuluh-puluh kapal, amazing, baru first time tengok selat yang sibuk macam ni kan, selama ni asyik baca dari buku je.

DSC_0352

 

Ombak tak besar, insyaAllah sesuai untuk bermandi-manda.

DSC_0026

 

Subhanallah, memang cantik pantai Tanjung Bidara ni. Kalau macam ni, bolehlah datang lagi jika nak bersantai dihujung minggu, kalau tak nak tidur, boleh pergi berkelah je, bawa makanan siap-siap.

DSC_0164

DSC_0078  

DSC_0067  

DSC_0098 

DSC_0092

DSC_0214

DSC_0209

 DSC_0093

DSC_0117  

DSC_0152  

 

Hari ke-2, kami keluar jalan-jalan cari makan. Cantik pula view bot-bot nelayan di terusan ni.

IMG_8989

Apalagi yang dicari, kalau bukan seafood. Check kat foursquare, kami end up kat sini, Restoran Terapung, Kuala Sungai Baru.

IMG_9017IMG_9021 

 

Pilih-pilih..semuanya fresh dari lautan, cakap je nak masak apa. Ketam tu yang paling best, Ketam Masak Tiga Rasa, yang sedap..ketam tu sendiri, manis dan sangat fresh!, jadi masak apa pun tak kisah.

IMG_9027-tile

 

Hari menjelang petang, jom beredar pulang. Diperjalanan, sempat juga merakam gambar matahari terbenam, sayang gambar tak berapa cantik, guna kamera telefon je, tertinggal pula kamera di chalet masa nak keluar tadi.

Jalan-jalan bukan sebarang jalan-jalan, jalan melihat bukti kebesaran  dan indahnya bumi ciptaan Allah SWT. Subhanallah..walhamdulillah.

"Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (HR. Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". - (HR. Abu Daud)

 

IMG_9009  

IMG_9008

IMG_9045 

Wassalam…

Saturday, November 9, 2013

PIIACuF 2013 MERIAH

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Ini cerita Selasa lepas, cuti Maal Hijrah. Semasa menonton rancangan Assalamualaikum TV AlHijrah, baru tau ada event di Precint 3 iaitu ‘The Putrajaya International Islamic Arts and Cultural Festival (PIIACuF 2013)’, bermula dari 1-10hb November. Temanya pula “From Andalusia to Putrajaya”. Excited juga bila sebut Andalusia ni. Spain antara tempat yang ummiross menyimpan impian nak pergi sebab nak tengok kesan peninggalan sejarah kegemilangan Islam yang sangat hebat di benua Eropah..

Jadi sebelum menggapai impian yang entah kesampaian ke tidak, baiklah ummiross ke PIIACuF 2013 dulu. kat dalam ni lah pameran diadakan. Sorry takde gambar-gambar pameran kat sini, agak sesak dengan orang ramai.

IMG_8972

 

Pengacara Amie Sofea bersama adik-adik di Pentas 3, Dataran Perbandaran Putrajaya, Presint 3. Adik-adik mesti suka ni, ada maskot Ara dan Aris lagi, macam comel je, macam comel je..

IMG_8966 

 

Pertunjukan kebudayaan, dari mana? tak tau pula, sebab tengok sambil lalu je. 

 IMG_8980

 

Jualan jubah dan tudung pun meriah. Yang kat bawah ni booth Al Munawwarah, cantik-cantik jubah, t-shirt labuh dan tudungnya. Tergoda juga dibuatnya. Akhirnya suruh anak dan suami balik dulu, umminya ni nak cari jubah dan tudung, hehe..shopping sorang-sorang baru best, kalau ada yang menunggu, tentu tak boleh berlama-lama.

 IMG_9078 IMG_8965

 

Negara yang mengambil bahagian di tapak pameran. Sorrylah gambar tak banyak, rasa segan pula asyik nak ambil gambar.

IMG_8982

 

Dah penat berjalan, kalau lapar, boleh singgah menjamu selera.

 IMG_8969

IMG_8970

Esok ada sehari lagi PIIACuF 2013 ni, kalau berminat bolehlah jenguk ye, ummiross sekadar berkongsi info. Baru balik bercuti semalam, hari minggu pula, mood menulis merudum, jadi tulis ringkas-ringkas je ye, janji dapat berkongsi info.

Wassalam.

Tuesday, November 5, 2013

SALAM MAAL HIJRAH 1435

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Salam Maal Hijrah ummiross ucapkan buat rakan-rakan semua. Dipanjatkan doa moga Allah SWT membuka segala pintu kebaikan buat kita semua. Moga kedatangan tahun 1435H menjadi pemangkin untuk kita sama-sama memperbaiki diri, demi mencari redhaNya.

 DSC_0226a

 

Sekadar berkongsi info, ada majlis ilmu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) aka Masjid Besi malam ni, penceramah Dr Zakir Naik. Jom sama-sama meriahkan majlis ilmu.

1412753_739030252777819_1128048135_o

Terlanjur bercakap pasal MTMZA ni, ummiross kongsikan juga beberapa aktiviti yang dianjurkan oleh MTMZA sepanjang minggu ni. Sejak berpindah ke Putrajaya, MTMZA ni menjadi pilihan kami. Ianya bukan sahaja cantik tapi padat juga dengan aktiviti.

Gambar ni ummiross kongsi sebab nak tunjukkan betapa cantiknya view matahari terbenam dilihat dari dalam masjid. Sementara menunggu masuknya waktu mahgrib, mata terpaku melihat limpahan cahaya merah jingga matahari terbenam di permukaan air kolam di bahagian tepi masjid, bagai lukisan.

IMG_8959

 

Ceramah oleh Dr Zaharudin selepas mahgrib, 1hb November, 2013.

IMG_8962

 

Rakaman HALAQAH secara live di MTMZA pada hari yang sama, selepas solat Isya’.

IMG_8932

 

Ummiross kat belakang ni, takde can muka masuk TV :)

IMG_8930

 

Jamuan selepas ceramah..

IMG_8933 

IMG_8934

 

Yang ni pula ceramah perdana sempena Maal Hijrah selepas maghrib semalam. Ramai sangat yang hadir. Ramai juga rakan-rakan blogger yang hadir ni, sayangnya tak dapat bertemu mesra.

IMG_8963

IMG_8960

Moga Allah SWT terus memberi kesihatan yang baik dan kelapangan waktu untuk sentiasa mencintai dan menghadiri majlis ilmu.

Monday, November 4, 2013

MAKARONI GORENG

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Sekarang petang selalu hujan kan, biasa lepas zohor dah mula hujan, guruh dan petir sabung-menyabung, hehe..macam seram pula bunyinya. Bila hujan perut cepat berkeroncong. Lagu keroncongnya pula bertema, tema makan-makan. Jadi untuk memenuhi tema tu, turunlah ke dapur, cari apa-apa bahan yang ada.

IMG_8946 

Taraaaa!!, makaroni goreng je, sebab senang dibuat, cepat dimasak, sedap dimakan, hehe..macam biasa dengar pula tagline ni. Menjamu seleralah kami empat beranak, macaroni goreng dengan teh o panas. Dah kenyang, keroncong bertukar tema pula, ala-ala lagu Jamal Abdillah, tidurlah wahai permaisuri…

IMG_8950

Petang semalam, anak bujang minta buatkan lagi, air tangan ibu mana yang tak sedap pada selera anak-anak kan. Resepi makaroni goreng ni banyak versi, ummiross pakai versi sendirian berhad, bahan-bahan guna mana yang ada, macaroni(rebus sampai ‘ala dante’), bawang besar-dadu (ummi prefer bawang bombay), bawang putih-dadu, tomato ceri, cendawan butang, broccoli(celur dulu kejap), kobis, udang, serbuk lada hitam, cili padi(versi Melayu, tentu ada cili padi), lada benggala merah, daun bay, sedikit oregano-jika suka, garam, gula, serbuk secukup rasa maggi, minyak zaitun. Caranya..macam biasa, tumis, campak-campak, perisakan..petua nak makaroni goreng sedap…makan berjemaah :)