بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Sejak dari hujung minggu lepas ummiross menyepi diri, tanpa entry. Dalam diam banyak urusan yang terpaksa diselesaikan, urusan bisnes dan juga urusan keluarga. Kepala ni pun dah dua hari berdenyut,nyut..nyut,,nyut, makan ubat, tahanlah sekejap. Takpelah kan sakit sikit-sikit, baru terasa nikmatnya sihat. Lagipun dah terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan, lalu jika diuji dengan sedikit kesakitan atau kerumitan atau kesusahan, pasti terasa malu untuk berkeluh kesah. Moga Allah memberi kesembuhan yang cepat, kesihatan yang baik bukan sahaja untuk kelangsungan aktiviti harian, tapi juga untuk terus istiqomah dalam beramal ibadat.
Dalam sakit kepala, sempat juga ronda-ronda ke Putrajaya petang semalam. Bukan apa, bersemangat nak survey kuarters kerajaan yang ditawarkan kepada Mr Hubby. Nilah rumah yang ditawarkan untuk diduduki, lot tepi, luas kawasannya. Memang semasa baru berpindah kami ada memohon kuarters tapi semuanya dah penuh. Mungkin pada awal tahun begini, ada kakitangan yang berpindah dan sebagainya, jadi adalah kekosongan.
Persekitaran yang hijau dan damai. Lokasi yang sangat dekat dengan tempat kerja Mr Hubby dan anak bujang sulung juga, anak bujang bongsu pun boleh je menggunakan kemudahan ERL transit di Putrajaya Sentral untuk ke pejabat. Tak jauh dari Masjid Putra yang indah. Sewa pun lebih murah dari rumah yang diduduki sekarang. Hmmm banyak yang positif….kami sedang mempertimbangkannya.
Ni pula FM dari rakan blogger yang selalu dekat dihati. Terima kasih banyak-banyak NzA, atas ingatan, cantik FM dari Vietnam ni, sape2 yang berminat nak ke melancong ke Vietnam, bolehlah ‘godeh2’ blog NzA ye, banyak info tentang percutian di Vietnam, berdasarkan pengalaman percutiannya sendiri. To NzA, salam sayang sokmo dari ummi..!
Ok..nanti kita sembang-sembang lagi ye. Wassalam.