Tuesday, November 5, 2013

SALAM MAAL HIJRAH 1435

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Salam Maal Hijrah ummiross ucapkan buat rakan-rakan semua. Dipanjatkan doa moga Allah SWT membuka segala pintu kebaikan buat kita semua. Moga kedatangan tahun 1435H menjadi pemangkin untuk kita sama-sama memperbaiki diri, demi mencari redhaNya.

 DSC_0226a

 

Sekadar berkongsi info, ada majlis ilmu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) aka Masjid Besi malam ni, penceramah Dr Zakir Naik. Jom sama-sama meriahkan majlis ilmu.

1412753_739030252777819_1128048135_o

Terlanjur bercakap pasal MTMZA ni, ummiross kongsikan juga beberapa aktiviti yang dianjurkan oleh MTMZA sepanjang minggu ni. Sejak berpindah ke Putrajaya, MTMZA ni menjadi pilihan kami. Ianya bukan sahaja cantik tapi padat juga dengan aktiviti.

Gambar ni ummiross kongsi sebab nak tunjukkan betapa cantiknya view matahari terbenam dilihat dari dalam masjid. Sementara menunggu masuknya waktu mahgrib, mata terpaku melihat limpahan cahaya merah jingga matahari terbenam di permukaan air kolam di bahagian tepi masjid, bagai lukisan.

IMG_8959

 

Ceramah oleh Dr Zaharudin selepas mahgrib, 1hb November, 2013.

IMG_8962

 

Rakaman HALAQAH secara live di MTMZA pada hari yang sama, selepas solat Isya’.

IMG_8932

 

Ummiross kat belakang ni, takde can muka masuk TV :)

IMG_8930

 

Jamuan selepas ceramah..

IMG_8933 

IMG_8934

 

Yang ni pula ceramah perdana sempena Maal Hijrah selepas maghrib semalam. Ramai sangat yang hadir. Ramai juga rakan-rakan blogger yang hadir ni, sayangnya tak dapat bertemu mesra.

IMG_8963

IMG_8960

Moga Allah SWT terus memberi kesihatan yang baik dan kelapangan waktu untuk sentiasa mencintai dan menghadiri majlis ilmu.

18 comments:

  1. salam maal hijrah
    best nyer dapat sertai majlis ilmu sebegitu

    ReplyDelete
  2. Salam maal hijrah ummi..
    bru berksmpatan jguk sini...

    ReplyDelete
  3. Amin... salam maal hijrah Ummi

    untung Ummie dapat jadi ahli jemaah masjid yg ternama begitu, byk dan padat aktivitinya

    ReplyDelete
  4. Salam maal hijrah ummi.
    Masjid tu mmg selesa n byk pulak aktivitinya. Bertuah ummi.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah Ummiross...kerana dapat memulakan tahun baru di dalam majlis ilmu...semuga sntiasa dirahmati sepanjang perjalanan hidup kita ..aamiin

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah Ummiross...kerana dapat memulakan tahun baru di dalam majlis ilmu...semuga sntiasa dirahmati sepanjang perjalanan hidup kita ..aamiin

    ReplyDelete
  7. Salam Maal hijrah Ummi... hari ini dah masuk muka surat dua buku baru.

    ReplyDelete
  8. bahagia dan tennag rasanya bila berada dlm majlis ilmu mcm tu...

    ReplyDelete
  9. salam maal hijrah Ummi.....

    moga sama2 kita berhijrah menjadi yg terbaik....

    ReplyDelete
  10. Salam Maal Hijrah buat ummi.

    Bulan Febuary yang lalu anak lelaki kak Zai bernikah dimasjid ini.

    ReplyDelete
  11. salam maal hijrah
    salam perkenalan juga dari ida
    jemput singgah blog ida ye
    dah follow blog ni no1218
    umielman.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Untung tinggl berdekatan dgn masjid yg banyak aktiviti ummiross. Kakak kalau rancangan halaqah biasa tengok ummiross. Malam tadi Prof Muhaya - ok juga kisah tentang FB. Boleh senyum sebab anak kecik kakak terkena batang hidung dia:)

    ReplyDelete
  13. Salam maal hijrah ummi. Bertambah setahun lagi ya ummi makin dekatlah masa kita utk mengadap Allah maha Esa.

    Seronoknya ummi dpt hadiri majlis ilmu & didoakan para malaikat:)

    ReplyDelete
  14. Salam Maal Hijrah buat UR jugak.....
    Seronok yeh UR dapat attend majlis ilmiah mcm ni.....okje bila agaknya....malas memanjang hehe...

    ReplyDelete
  15. Oooo penceramah ni la yg dpt anugerah tokoh maal hijrah tu kn? Untung ummi dpt dgr ceramahnya

    ReplyDelete