بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.
إنا لله وإنا إليه راجعون
Tanggal 31, bulan 8 tahun 2013, perginya bonda mertua yang dikasihi menghadap Allah yang maha Esa. Ia hari duka bagi kami dan semua ahli keluarga, apatah lagi bagi suami tercinta.
Merdekalah Mak (panggilan kami kepada MIL) dari dugaan kesakitan dunia. Di penghujung usianya MIL sentiasa keluar masuk hospital. Kata kakak ipar ummiross, suci bersih dan cantik sangat wajah Mak setelah selesai dikafankan, subhanallah, moga itulah gambaran keampunan dan rahmat Allah atas kesabarannya menempuh dugaan kesakitan berpanjangan tanpa rungutan.
Malah dalam keadaan terbaring lemah, semasa arwah masih sedar, kami masih dapat mendengar antara jelas dan tidak, lidahnya bergerak2 menyebut2 Allah..Allah..Allah…basah lidahnya dengan zikrullah.
Hari Kemerdekaan seterusnya, pasti tidak lagi sama bagi kami. Meriahnya percikan bunga api hanya akan menggamit memori sedih jauh disudut hati.
Setiap yang hidup pasti akan mati. Moga Allah mengampuni segala dosa-dosanya dan semoga rohnya ditempatkan disisi orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Kami redha…dan akan sentiasa merinduinya. Al Fatihah.
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ٣٠
“Wahai jiwa yang tenang! (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya (28). Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba Ku (29), dan masuklah ke dalam syurga Ku (30).” (Al-Fajr 27-30)
salam takziah buat ummi sekeluarga..
ReplyDeletealfatihah...
Innalillahhiwainnnailaihirojiun...
ReplyDeleteAl Fatihah.
Al-Fatihah...
ReplyDeleteSalam takziah buat ummi sekeluarga, kasih sayangnya hingga ke syurga.
innalillahhiwainna'ilai hirujion
ReplyDeletesemoga bahagia di sana.
al-Fatihah. amin
Al-FAtihah...salam takziah buat akak sekeluarga, moga rohnya ditempatkan dikalangan para mukmin...
ReplyDeletetakziah...untuk Ummi sekerluarga....moga rohnya bersama orang2 beriman Amin.....
ReplyDeleteSalam takziah & al-fatihah.
ReplyDeletealfatihah...salam takziah untuk ummi sekeluarga
ReplyDeletedaripada DIA kita dtg kepada-NYA jua kita kembali
Al fatihah, semoga arwah bonda ditmptkan dikalangan org2 beriman. Salam takziah utk ummi skluarga. Masa utk kita pasti akn tiba jua nnti.
ReplyDeletetakziah dari saya sekeluarga buat ummi..semoga tabah dgn ujian ALLAH..menjemput ibu mertua pergi..
ReplyDeleteTakziah...Al Fatihah.
ReplyDeleteTakziah makcik, moga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman..
ReplyDeletesalam takziah ummi..AlFatihah buat arwah mak mertua ummi
ReplyDeleteInnalillahi wainnailaihi rojiuun.. moga roh mak dapat bersama kalangan mereka yg beriman...
ReplyDeleteTakziah dari kakak buat keluarga ummiross
takziah, semoga rohnya dicucuri rahmat...
ReplyDeleteInnalillahi wainna ilaihirojiun. Takziah buat ummi sekeluarga. Moga rohnya ditempatkan di kalangan para solihin.
ReplyDeletesalam takziah buat umi sekeluarga.
ReplyDeletesmoga roh arwah dicucuri rahmat dariNya. amin
takziah buat akk
ReplyDeleteSalam takziah semoga rohnya aman disana.
ReplyDeleteAlFatihah.
Takziah buat Ummie sekeluarga... moga roh MILnya ditempatkan bersama hamba-Nya yang beriman. Kita yang tinggal ini akan menyusul jua... bila masanya, hanya Dia Yang Maha Mengetahui.
ReplyDeleteSALAM TAKZIAH UNTUK SEISI KELUARGA...
ReplyDeletetakziah... samalah kita...
ReplyDeleteSalam takziah buat ummi sekeluarga...
ReplyDeleteAl-Fatihah..
Terima kasih semua ye atas ucapan takziah dan juga sedekahkan Al Fatihah buat arwah MIL, moga Allah membalasnya dengan pahala berganda.
ReplyDeleteAlfatihah buat beliau. semoga di tempatkan di kalangan orang yang beriman..
ReplyDeleteslmt pagi ummi
ReplyDeletewani singgah rabu :-)
salam takziah yer & AL Fatihah...
ReplyDeleteTakziah buat ummiros sekelyarga.
ReplyDeleteAl fatihah.setiap yghidup pasti akan mati.janji Allah itu pasti
salam takziah buat ummiross sekeluarga.semoga roh mil ummi dicucuri rahmat Allah.
ReplyDeleteAs-salam ummi..
ReplyDeleteInalillah.. semoga arwah tenang di sana.. Salam takziah buat ummi dan keluarga..
Salam ummiros..
ReplyDeleteإنا لله وإنا إليه راجعون
cma baru menjengah ke blog akak..
salam takziah buat akak sekeluarga..
alhamdulillah..semoga segala dosanya terampun dan ditempatkan dilkalangan hambanya yg solihin & solehah,,
slmt pagi ummi
ReplyDeletewani singgah khamis
salam takziah untuk ummiros sekeluarga. semoga roh mil ummi ditempatkan bersama orang2 soleh & soleha, amin3...
ReplyDeletewana7370
AL fatihah
ReplyDeleteSalam takziah dari sy sekeluarga
Assalamualaikum Ummiross
ReplyDeleteAmen atas doa2 tu
Al Fatihah
Terima kasih semua atas ucapan takziah, doa dan sedekahkan Al Fatihah buat MIL ummiross. Moga Allah mengurniakan rakan2 semua dengan pahala berganda.
ReplyDelete