Tuesday, January 8, 2013

DI CURI RUPANYA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Cerita Sabtu lepas. Suami hantar kereta anak untuk diservis di sebuah kedai. Memang sudah biasa dikedai ni. Plannya, nanti anak akan menyusul dengan kereta ayah dan kami akan keluar breakfast sama-sama.

Dah sampai dikedai, suami terus memberikan kunci kepada pekerja dan memberitahu apa yang patut. Ummiross pulak terpandang butik menjual jubah. Wow! ada offer, singgahlah jap.

Tak lama pun dibutik sebab takde pula yang berkenan dihati. Bila ummiross kembali ke bengkel kereta, suami dah takde kat situ. Ummiross telefon suami, ada nada bunyi tapi tak berjawab. Tup2 nampak suami keluar dari bank. Katanya telefon tertinggal kat rumah. Ummiross telefon anak, suruh bawa telefon ayah sekali bila keluar nanti.

Bila anak tiba, katanya tak jumpa cari telefon ayah. Hmm hati dah mula berdetik, entah-entah tertinggal dalam kereta. Suami pergi tanya tauke kedai, ada nampak telefon tak. Katanya takde. Oklah, balik rumah nanti cari lagilah, kat rumah kot. Hehe..dah tak ingat mana letak, macam tu lah kan.

Kami pergi makan. Selesai makan, kereta pun dah siap. Bila sampai rumah, kami pakat carilah telefon sebab suami nampaknya sangat yakin telefonnya tertinggal dirumah. Cari punya cari memang takde, abih tunggang langgang kerusi meja kot2 terjatuh dibawahnya. Anak dial, tapi dah takde nada dering. Cuba detect kat internet tapi tak boleh dikesan.

Suami & anak pergi semula kedai, tanya lagi. Banyak jugalah bersoal jawab. Nak desak sangat pun tak sedaplah kan, sebab MrHubby pun ‘hilang ingatan’ seketika, lupa kat mana telefon tu diletakkan. 

Masa ni, kami dah rasa frust sangat, memang sedih jugalah kan. Samsung galaxy note II yang anak2 hadiahkan untuk ayah baru2 ni. Tak puas lagi pakai. Hargapun boleh tahan juga. Suami pun tentulah kecewa sangat, sebab ianya hadiah dari anak2.

Balik rumah. Suami ambil wuduk, solat hajat dua rakaat. Begitulah Mrhubby, dalam gusar ada tenangnya. Usai solat hajat kami bergegas ke Hotel De Palma Ampang, ada taklimat untuk trip kami ke Eropah bulan Mei nanti. Sesampai disana, masuk waktu zohor. Kami solat di surau hotel. Sekali lagi suami solat hajat, memanjatkan doa pada yang Esa.

Hampir sejam taklimat berjalan, tiba2 telefon ummiross berdering. Tak sempat angkat. Ummiross keluar.Dial balik nombor yang tak familiar tu. Suara nyonya tergagap2….“Hello, hello, telefon anak you ke suami you tadi, sudah jumpa lah, anak saya angkat main2”. Isteri tuanpunya bengkel yang telefon rupanya. Allahuakbar, Alhamdulillah, rasa macam tak percaya pun ada. Dari segi logik akalnya, memang sukar untuk dapat balik telefon tu. Cuma jauh disudut hati kami masih mengharapkan doa kami dimakbulkan. Dengan rasa kebergantungan itulah sebenarnya kami masih menaruh sedikit harapan.

Anak2 pergi ambil. Bila sampai anak tanya mana jumpa, kata tauke dia ikut anaknya dan jumpa telefon tu. Balik rumah baru perasan simcard takde. Telefon lagi, tauke kata nanti dia tanya anak dia. Malam tauke tu telefon lagi, Simcard tak jumpa. Kalau dah simcard dikeluarkan, sah2lah kan yang ambik tu ada niat nak mencuri. Entah mana2 dicampaknya simcard tu. Terasa juga nak bagi penumbuk seketul dua kat anak remaja lelakinya tu, bukan penumbuk ummirosslah, tapi penumbuk suami, hehe..dush!!dush!!dush!!.

Malas nak panjang2 cerita. Kami tak buat report pun. Rasa kesian pula kat tauke tu dan juga isterinya. Dia sanggup pulangkan balik telefon walaupun terpaksa mengaku perbuatan anaknya. Kalau dia buat senyap memang kami tak akan tahupun. Dah tu..aku lupa..aku lupa!, hehe..teringat pulak kata2 peserta raja lawak ni, dah jumpa tu bolehlah pulak berlawak dengan suami.

Apapun kami rasa sangat2 bersyukur. Disaat-saat kami hilang punca, Allah perkenankan doa kami. Teringat pesan ustaz, kalau ada apa2 kesusahan jangan cari orang dulu, ‘cari’ Allah dulu.

46 comments:

  1. assalam ummi..kalau dah rezeki kan..lebih2 lagi hadiah anak2..Alhamdulillah
    happy belated birthday buat ummiross

    ReplyDelete
  2. nasib baik dapat jumpa balik.mesti legaaaaaaaaaaaaaaaa rasanya.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.kalau dah rezeki itu ditetapkan utk kita..mmg akan kembali menjadi milik kita.kalau ina sure dah nangis2...galaxy note11 tu...

    ReplyDelete
  4. salam kenal....
    singgah follow sini....jom singgah blog yan pula...blog 1 masak2 blog 2 permata hati mama.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..rezeki... galaxy note tu..mau meraung kalau NR.. ilang nokia 3310 pun seminggu tak lalu makan huhuhu

    ReplyDelete
  6. @ Acik Erna;

    Wassalam Acik..

    Yelah Acik kan, kalau dah rezeki, insyaAllah dapat balik. Anak sulung pun sampai bernazar nak puasa 1 hari kalau jumpa balik telefon tu pemberiannya dan adik tu. Semalam dah puasa dah, kami puasa sunat, dia puasa nazar.

    Thank you acik for the wish.
    Acik dah private blog Acik ke. Maaf ummi tak dapat masuk dan baca N3. Acik pula selalu singgah disini, terima kasih banyak2.

    ReplyDelete
  7. kuasa Allah kan Ummiross...kuasanya untuk menghalang atau mendorongkan sesuatu...alhamdulillah dapat semula...

    ReplyDelete
  8. geram pulak saya baca citer ni...nyusahkan org...

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah...rasa teruja dgn kebesaranNYA...masih rezeki akak dan dibukakan hati aunty tu utk kol akak...

    ReplyDelete
  10. Terharuu saya baca Ummi. Telefon tu ada sentimental value yang tinggi.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.... cari Allah dulu ye Ummi...peringatan tu buat kami.

    ReplyDelete
  12. subhanallah..itu lah tanda kekuasaan Allah..jumpa juga akhirnya..

    ReplyDelete
  13. Subhanallah...tabarokallah...kasih sayang allah pd kluarga ummiross..doa n tawakkal...alhamdulillah mak wan tumpang gembira n bersyukur

    ReplyDelete
  14. @Syida;

    Hehhe..memang legaaa Syida.

    ReplyDelete
  15. @inazamri;

    Betul tu Ina, masih ada rezeki lagilah tu. Hehe..kalau ummi pun nangis tak berlagulah.

    ReplyDelete
  16. @yan's cottage;

    Salam kenal juga Yan, terima kasih singgah blog ummi, ummi dah folo Yan juga.

    ReplyDelete
  17. @Warna Warni Kehidupan;

    Alhamdulillah.

    Hehhe..menangis dalam hati kot, lelakilah katakan, hikhik!

    ReplyDelete
  18. @MumMe;

    Tepat sekali MumMe, suka ayat MumMe tu. Alhamdulillah.syukur sangat.

    ReplyDelete
  19. @❤Kamsiah❤;

    Yup memang geram gak Kam, cukup menyusahkan, terpaksa dapatkan simcard baru, 1-2 juga tak dapat call mana2.

    ReplyDelete
  20. @Cik Cammy Lia;

    Alhamdulillah, syukur sangat2 Allah bukakan pintu hatinya nak pulangkan balik telefon tu.

    ReplyDelete
  21. @Aziela;

    Yup betul tu Aziela,anak2 abih belajar dan baru bekerja, nak hadiahkan sesuatu untuk ayah sebagai ingatan, tup2 dicuri pulak.

    ReplyDelete
  22. @Amie;

    Alhamdulillah masih ada rezeki kami lagi untuk memiliki telefon tu.

    Pengajaran untuk kami juga Amie.
    Satu lagi pengajaran untuk kami, lain kali kena lebih berhati-hati.

    ReplyDelete
  23. @Kasih Salina;

    Yelah salina, memang terharu sangat bila telefon tu dipulangkan balik. Syukur dengan kurniaan Allah SWT.

    ReplyDelete
  24. @Supiah Abu;

    Ya tepat sekali Mak Wan, doa dan tawakkal sebab kami memang tak tau kat mana telefon tu. Memang masa tu hanya pada Allah sahaja kami berserah. Syukur Alhamdulillah.Terima kasih Mak Wan.

    ReplyDelete
  25. Betul tu Ummi. Allahlah tempat pertama kita mengadu jika ada sebarang hal..

    ReplyDelete
  26. 1st time singgah sini. Alhamdulillah masih rezki suami ummiros. Mujurler tauke tu baik hati kan.

    ReplyDelete
  27. Syukur Alhamdulillah.....kalau rezeki ut kita ianya ttp akan kembali..yg pastinya ia dr rezeki yg halal.....mmg nk kena penumbuk betul si bujang cina tu...
    Suami nza pernah 3X kehilangan hp...semua xdpt dikesan...huhuhu...

    ReplyDelete
  28. kalau dah mmg rezeki kita dibeli dari duit or sumber yang halal in Shaa Allah akan jumpa. Apalgi dengan doa & usaha kan !

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum Ummiross

    Alhamdulillah
    Syukur

    ReplyDelete
  30. @Nor Salmi;

    Ye lah Mie,dia Maha Berkuasa atas segalanya.

    ReplyDelete
  31. @ CeqGu;

    Salam ukhwah cikgu.Terima kasih singgah blog ummi ye.
    Alhamdulillah ada jodoh lagi telefon tu dengan kami, hihi.

    ReplyDelete
  32. @NzA;

    Betul tu, masih nak jadi rezeki lagi, Alhamdulillah.

    Hihi..jom kita bagi penumbuk sama2 NzA.

    ReplyDelete
  33. @Kesuma Angsana;

    Ye lah KA, syukur sangat dapat balik, masih ada rezeki nak bersama hp tu

    ReplyDelete
  34. @atuk;

    Waalaikumussalam Atuk.

    Ye lah Atuk syukur sangat, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  35. @Wanieys a.k.a IbuQalief;

    Alhamdulillah, syukur sangat Wanie.

    ReplyDelete
  36. sebak hati ini membaca kisah ummi.. terasa nak menitis air mata.

    ReplyDelete
  37. salam kenal dr blog kak liza@adzriel

    mmg ralat kalau hilang tp kalau dah rezki kita mmg tak kemana ;)

    ReplyDelete
  38. Salam kak...alhamdulillah masih ada rezeki suami akak utk guna hp tuh...memg jahat betul anak tokeh tuh tau...nsb baik mak ayah die pulak kan semula hp...

    ReplyDelete
  39. Alhamdulillah.. telefon tu masih rezeki hubby ummi.. dapat pengajaran yg berguna di sini.. adukan saja segalanya pada Allah.. InsyaAllah, bantuanNYA akan datnag kepada kita.. masyaALLAH..

    ReplyDelete
  40. @Liza Adzriel;

    Hehe..kisah dan tauladan, epngajaran untuk diri sendiri juga, jangan mudah lupa, hik!

    ReplyDelete
  41. @ Irfa;

    Salam kenal juga Irfa..terima kasih singgah blog ummi.

    Yelah Irfa, kalau dah rezeki tak kemana kan,Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  42. @Mimie;

    Alhamdulillah ada rezeki lagi. Yelah masa suami tanya dia ada nampak tak telefon dalam kereta dia kata takde, dia yg mula2 ambil kunci kereta dari suami.

    ReplyDelete
  43. @Hanis Azla;

    Alhamdulillah Hanis, nasib baik dia pulangkan balik. Memang masa tu dah rasa macam tak dapat balik dah, tapi Allah maha kaya, dia yang mengatur segalanya.

    ReplyDelete
  44. takpelah kak...bersyukurlah Allah perkenankan doa suami dan jumpa hp tu...cuma mesti ralat sbb banyak no hp kenalan n saudara dalam simcard tu turut lenyap bersama simcard tu kan?

    ReplyDelete
  45. @Ina Hasyim;

    Alhamdulillah, syukur. Ye lah banyak contact hilang, apapun mujur sangat dapat balik.

    ReplyDelete