Sunday, February 26, 2012

DOAKAN YE

بسم الله الرحمن الرحيم

Pengumuman

Salam sejahtera...

Ummiross bercuti beberapa hari. Bonda mertua ummiross sakit dan di masukkan ke hospital.
Tolong doakan sekali ye kawan-kawan, agar diberi kesembuhan segera.

Kepada pelanggan ummiross, sila tinggalkan sebarang pertanyaan atau order melalui email.
InsyaAllah ummiross akan uruskannya bila masa mengizinkan nanti.

Hingga bertemu lagi..Wassalam.

Saturday, February 25, 2012

SALAM KENAL

بسم الله الرحمن الرحيم

Dua tiga hari ni ummiross sibuk menguruskan order pelanggan. Alhamdulillah, hari ni 3 order telah selamat di pos. Ada satu order lagi yang akan di pos esok, insyaAllah.

Pelanggan ummiross kali ni semuanya orang baru. Salam kenal semuanya. Terima kasih jugak kepada rakan blogger yang baru ummiross kenali, JemariSuri yang sudi membeli Batik Sarung Sarawak. Katanya penangan NzA, mungkin penangan entri Menara Kain Batik Sarawak di blog 4fn1mf-family. Kalau macam tu, terima kasih beribu-ribu lemon jugaklah buat NzA, regular customer ummiross, peminat batik Sarawak.

                                              P2211182 a
Batik Sarong Sarawak yang dibuat baju kurung, sepasang menggunakan dua helai batik sarong, hasil kreatif rakan blogger, NzA.

To JS;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_0056_thumb[1]IMG_0058IMG_0356IMG_7918
Order dari KL..
Semakan order
Kod        : BS10A, RD135
Pos         : 24hb.Feb,2012
Treking : RD921878371MY


To Norzanriah;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_0191IMG_0174IMG_8710IMG_8719IMG_9909IMG_9922IMG_9952

IMG_9392IMG_0135IMG_0132 IMG_9888IMG_0119IMG_9899 
Sebahagian order dari Mersing,Johor…
Semakan order
Kod          :  BS(106,107,109,101,102,105, 74,103-2,104-2,53-2,54-2)-15PCS
Pos           :  24hb.Feb,2012
Treking   : CD106127135MY 


To Azza;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_9641IMG_9635IMG_9415b_thumb[7]
Order dari KL..
Semakan order
Kod          : KPH5, KPH9
Pos           :  24hb.Feb,2012
Treking   : RD921878368MY 

Tuesday, February 21, 2012

MEL UDARA

بسم الله الرحمن الرحيم

Ummiross biasanya menggunakan mel udara untuk membuat penghantaran batik sarung Sarawak atau batik sarong Ratna Dewi. Kos posnya lebih jimat berbanding dengan pos laju, apatah lagi biasanya pelanggan ummiross adalah mereka yang ingin berniaga, tentu sekali setiap kos perlu diambil kira. Berdasarkan info dari pejabat pos, kain-kain ni akan sampai selewat-lewatnya dalam masa 7 hari bekerja, tapi selalunya akan sampai 2-3 hari lebih awal.

Setiap kali selepas kain batik sarung di pos, ummiross akan memberikan nombor treking kepada pelanggan. Tujuannya supaya pelanggan dapat membuat semakan atau aduan jika sekiranya kain lambat sampai atau hilang (Alhamdulillah setakat ini, takde yang hilang lagi). Ia jugak sebagai bukti penghantaran. Ramai yang ingin menyemaknya secara online. Semasa mula-mula berniaga dulu, ummiross pun begitu. Tapi setiap kali disemak, ia tidak diupdate. Ummiross tidak tau di Semenanjung macamana, tapi, begitulah situasinya di sini. Jadinya, kepada pelanggan ummiross tersayang, tidaklah perlu membuat semakan online, anda akan terkecewa.

Mungkin ia berbeza dengan pos laju yang lebih laju khidmatnya termasuk mengemaskini penghantaran semasa. Gunakanlah nombor treking tu hanya jika perlu, untuk membuat semakan jika sekiranya kain terlewat sampai atau hilang. Dan dalam banyak keadaan, ianya hampir tidak perlu…

To Muslihah;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_8037IMG_7814

IMG_7943IMG_7645
Sebahagian order dari Butterworth, moga Muslihah dimurahkan rezeki sentiasa.
Semakan order
Kod          :  RD118-3pcs,RD(107,125,127)-1pc.
Pos           :  21hb.Feb,2012
Treking   : CD106127223MY 

Monday, February 20, 2012

SWAN OF SIBU

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam dari Kuching…kembali di sini.

Hari ini bercerita pasal Sibu lagi, sebagai sebahagian catatan kenangan, di Bumi Kenyalang. Kami menginap di Hotel Kingwood, di tebingan Sungai Rajang. Dari tingkap hotel, kelihatan Sungai Rajang, luas,panjang dan kekuningan. Nasib baik jugak menginap di bilik yang ada view macam ni, sekurang-kurangnya ummiross tidaklah merasa jemu sendirian.

IMG_0220IMG_0236
Santai sekali-sekala memang seronok, bercuti dari tugas-tugas rutin. Mengadap lappy seketika, mengaji atau mengulang hafazan tanpa gangguan. Ia saat-saat yang sangat tenang.

 

IMG_0281-tile
Gambar diambil dari tingkap bercermin, pasti tidak berkualiti. Sekadar gambaran, Sungai Rajang sangat ‘hidup’, dengan pelbagai aktiviti pengangutan air…

 

IMG_0285
Swan of Sibu..an ancient Chinese symbol of good fortune and health, an auspicious omen for a community living in harmony, peace and goodwill.

 

IMG_0238
Dah boring kat bilik, ummiross keluar, jalan-jalan, ambil angin,ambil gambar.

Senja di Sibu..rugi pulak tidak membawa dslr, rupanya banyak yang boleh dirakam. Semua gambar diambil menggunakan iphone, jadilah, janji ada, tak cantik dimata orang, cantik dimata kita, kerana dimata kita ada cerita..

IMG_0300
IMG_0253IMG_0313IMG_0321IMG_0322
Ummiross terpesona dengan langit senja sebenarnya..

Friday, February 17, 2012

ALAHAI PULASAN

بسم الله الرحمن الرحيم

“Salam dari Sibu…ummiross masih di sini!”

Lamanya tak makan pulasan. Teringat masa kecik-kecik dulu, buah ni senang didapati. Ummiross lebih suka pulasan dari rambutan.

IMG_0250IMG_0251

Semalam ke Pasar Sibu. Waa..nampak pulasan terus terkam. Dah lama mengidam. Tapi alahai pulasan tak lagi rasa pulasan. Rupanya dikacuk bersama rambutan. Adalah sipi-sipi rasa pulasan. Jadilah…jangan sampai kempunan. Sambil mengadap lappy, sambil menghadap Sungai Rejang, sambil mengupas pulasan. Pulasan,oh pulasan, apa pun rasanya, ia tetap mengimbau masa silam, manisnya kenangan. Semanis pulasan..

Alhamdulillah..

Thursday, February 16, 2012

SEPASANG BAJU KURUNG

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam dari Sibu…

Ummiross berada di Sibu sekarang. MrHubby ada mesyuarat di sini. Hari Sabtu malam baru ummiross pulang ke Kuching. Kalau ada yang nak order kain, boleh email dan sms sahaja, nanti bila balik ummiross akan uruskan semuanya. Nasib baik semua order pelanggan minggu ini telah selamat di pos. Semuanya belian borong. Semoga semua kain yang diorder mendapat sambutan yang menggalakkan. Semoga Allah murahkan rezeki.

Sebelum bertolak tadi, sempat jugak ummiross singgah kat blog rakan blogger, peminat tegar Batik Sarong Sarawak. Terima kasih banyak-banyak NzA. Cantik sungguh baju kurung dari Batik Sarung Sarawak tu. Hasil kreatif orang berseni. Minggu ni NzA order lagi, permintaan dari rakan-rakannya pulak, penangan baju kurung sepasang.

bj nza
Dua helai batik sarung, akhirnya menjadi baju kurung. Singgahlah ke blog NzA  untuk membaca kisah selanjutnya.

To NzA;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_0244IMG_0245IMG_0246IMG_0247IMG_9391BS13IMG_1040IMG_1037
Antara order dari Johor, kain-kain ni pun sangat cantik jika dibuat sepasang.
Semakan order
Kod          :  BS-26 helai
Pos           :  14hb.Feb,2012
Treking   : CD169810031MY 

To Haryani;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_0203IMG_0205IMG_0208IMG_7908

IMG_7893IMG_7874IMG_8125IMG_8478
Sebahagian order dari Bangi..
Semakan order
Kod          : RD-10helai, BM-10 helai.
Pos           :  14hb.Feb,2012
Treking   : CD169810031MY 

To Laila;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_9661IMG_9657IMG_9665IMG_9650
Sebahagian order dari Perak..
Semakan order
Kod          :  Kain ela etnik nusantara-16.5m,KPH7&KPH9-8.50m
Pos           :  14hb.Feb,2012
Treking   : CD106126320MY