بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam penuh kasih sayang..
Kucing 0h kucing..kalau dah memeliharanya tentulah terasa sayang. Ia seolah-olah menjadi sebahgian daripada ahli keluarga. Jadi bila mahu berpindah tentu sekali mahu dibawa bersama. Beberapa minggu lepas ummiross ada menerima email, bertanya bagaimana cara untuk membawa balik atau membawa masuk kucing dari Kuching ke Semenanjung.
Elok juga ummiross berkongsi cerita agar pengalaman buruk ketika berpindah ke Sarawak dahulu tidak berlaku kepada pencinta kucing yang lain. Pada waktu tu, kami menyerahkan kucing kepada syarikat forwarding untuk diurus. Malangnya kucing ummiross hilang sebelum sempat dihantar ke Kuching. Katanya kucing ummiross terlepas kerana pintu cagenya pecah. Rasa seperti agak mustahil bagaimana pintu cage boleh pecah ketika masih berada dipejabat syarikat tersebut.
Menangis juga ummiross bila kucing tu hilang. Teringat-ingat telatahnya,terdengar-dengar suaranya. Sehingga kini masih ada rasa rindu. Ada juga rasa kasihan belas memikirkan bagaimana kucing yang manja, yang makanannya sentiasa tersedia, akan meneruskan hidupnya di dunia luar yang mencabar.
Jadi bila Mr Hubby dapat bertukar kali ini, kami bertekad menguruskan sendiri penghantaran cicie..kucing ‘baru’ kami. Prosedurnya tidaklah payah tapi kenalah ke sana-sini untuk menguruskannya. Bagi pencinta kucing yang nak membawa pulang kucing kesayangan ke Semenanjung, bolehlah ikut step ni ye :-
1. Dapatkan ‘LESEN MENGIMPORT BINATANG-BINATANG’ dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar, di Semenanjung terlebih dahulu. Ianya seperti kelulusan membawa masuk kucing ke Semenanjung Malaysia. Pejabatnya terletak di Jalan Cheras. Kena isi borang dan tunjukkan rekod kesihatan kucing.
Ni lah rekod kesihatan, yang penting kucing dah divaksin sebanyak dua kali. Yang putih tu pulak, ‘LESEN MENGIMPORT BINATANG-BINATANG’ yang telah siap diproses. Bayaran RM5 dikenakan dan sah digunakan dalam tempoh 6o hari dari tarikh ianya dikeluarkan.
2. Bila dah dapat lesen ni, beberapa hari sebelum berangkat, kenalah bawa kucing dan lesen mengimport tadi ke Jabatan Veterinar Sarawak yang terletak di Semenggoh,untuk mendapatkan ‘PERMIT TO EXPORT’ pula. Bila dah dipastikan kucing sihat dan tiada masalah, dapatlah permit tu.
3. Bila nak berangkat, bawalah kucing dalam cage elok2, cage berkunci. Check in sekali dengan kita. Tunjuklah segala surat menyurat tadi tu. Kucing kena timbang kat kaunter check in dan akan di caj mengikut berat, RM15 sekilo. Hari tu cicie kena RM60, beratnya 4kg sekali dengan cage(travel carrier). Lepas tu bolehlah kucing ni naik kapalterbang, ditempatkan dibahagian khas bersama luggage.
4. Sampai di KLIA (MAS je ada servis penghantaran haiwan ni ye), lepas ambil luggage kita, bolehlah ke Seksyen Kuarantin Haiwan KLIA untuk mengambil kucing pula.Tunjuklah ‘LESEN MENGIMPORT BINATANG-BINATANG’ tu kepada pegawai bertugas di situ. Kena bayar RM30 dan dapatlah bawa balik kucing kesayangan pada hari tu juga, kat Semenanjung takde kuarantin lama-lama.
Cicie dah balik Semenanjung…‘hye semua, my name is Cicie, luv u all,mmmuaahhh!!!’
Nilah Travel Carrier yang digunakan untuk membawa cicie naik flight. Gambar kanan, cicie sejurus sebelum di bawa masuk ke kargo oleh seorang petugas.
Ini alamat jabatan perkhidmatan veterinar yang ummi berurusan hari tu:
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, km. 4, Jalan Selar 4, Off Jalan Cheras, 56100 cheras Kuala Lumpur.
NOTA KAKI : Ummiross hanya berkongsi pengalaman bagaimana membawa kucing dari Kuching ke Semenanjung, jadi pengetahuan ummiross adalah terhad kepada pengalaman sendiri. Prosedur mungkin berbeza dari negeri berlainan dan itu diluar pengetahuan ummiross. Jadi ummiross bukanlah orang yang tepat untuk diajukan pertanyaan. Jika tersilap info, tentu akan menyulitkan lagi keadaan. Maaf sangat-sangat ummiross tidak dapat menjawab soalan atau permasalahan yang dikemukakan.
Dan ummiross minta, silalah rujuk kepada pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mendapatkan info yang tepat. Jika penghantaran melalui kapal terbang, hubungilah pihak MAS dan tanyalah bagaimana prosedurnya.
bleh tahan jg prosedur dia..
ReplyDeleteHi Cicie yang super cute ....
ReplyDeleteYa ampun....gebunya cicie...kalau terlepas tu,mau kena culik..
ReplyDeletewah... macam tu yee... ada jugak prosedur nak bawak kucing ni rupanya walau dalam satu malaysia...
ReplyDeleteperkongsian yg berguna utk org2 yang memerlukannya nanti.. hi cicie comel.. dah dekat ni nnt bolehlah kita jumpa.. he..he.. tp dari jauh saya beranilah.. klu dekat saya lari sbb takut kucing..
ReplyDeleteAssalamualaikum Ummiros
ReplyDeleteInfo yang berguna.............terima kasih.
Hello cicie you are so cute!!!
rumit juga nk jalani prosuder tu ummi....ttp krn syg semua tu sanggup ditempuhikan.....
ReplyDeletecomel sgt2 cicie..patutlah ummi sanggup brsusah pyh......
byk nye proses yg perlu dilalui tp yg pasti cutenya kucing tu...ada anak dia tak?...hehe
ReplyDeleteComelnya Cicie...meow meow..gigitkan Ummi untuk Amie ye Cicie...gigit-gigit manja! he he hehh
ReplyDelete@KhaiRin:Anies;
ReplyDeletehmm memang boleh tahan juga, kena terbang ke Semenanjung lagi
@Suara Kalbu;
ReplyDeleteHi suara Kalbu,pinjam headphone boleh?cicie nak nyanyi juga, lalala..
@Kamsiah;
ReplyDeleteTu lah, tak berani bagi dia keluar, orang tak culik pun , takut dia yang lari!
@Kazman / Sue;
ReplyDeleteAda..kalau tidak, tak lepas lah nak bawa balik ke Semenanjung. Kalau masuk ke Sarawak kuarantin lagi lama...
@Hanis Azla;
ReplyDeleteHi Hanis comel!. Hehe..Hanis sebelum Hanis lari,rasanya cicie yang lari dulu, dia pun penakut!,
@Mak Wan;
ReplyDeleteWaalaikumussalam Mak Wan..
Harap2 dapat jadi panduan kepada yang lain, sama2 kasih Mak Wan.
Hello Mak Wan, saya malu lah Mak Wan puji, malu2 kucing!
@NzA;
ReplyDeleteYe lah NzA, kerana sayang buatlah apa yang patut. Yang best tu siap turun KL nak dapatkan kelulusan tu,tapi kebetulan masa tu kami pun nak cari rumah sewa sekali, jimatlah jugak..
@jemarisuri;
ReplyDeleteHmm banyak kerja jugalah kan, ke sana sini.
Hehe..anak teruna trang tang-tang lagi cicie tu.
@Amie;
ReplyDeleteAmie..cicie ni kalau dah kenal orang tu, dia yang akan gigit2 manja,nanti tak sempat Amie gigit, dia yang gigit dulu, hihik!
mcm2 prosedur gak yer
ReplyDeletehai cicie...fluffy x jauh dr cicie ni...jom dtg umah fluffy..
ReplyDelete@khairul;
ReplyDeletehmm banyaak juga prosedurnya, ken rajin sikitlah ke sana-sini.
@MumMe;
ReplyDeleteHai fluffy..cicie nak tanya, fluffy tu jantan ke betina, hikhik!!
cutenya cicie...mmng gebus..
ReplyDeletehehe.kesayangan kami sekeluarga tu MP..
ReplyDeletekiut la cicie kak...maine coon kah? lebat jak bulunya...
ReplyDelete@Yumida;
ReplyDeletehehe tq Yumida,Persian ni, bulu memang lebat, memang kena sikat selalu!
demi kucing tersayang mesti sanggup punya.puas ati urus sendiri.org uruskan jd macam tu terkilan rasa.
ReplyDeleteheee comelnye cici ni..geram tgk..
kak umi sy adriana ^_^ thans ya...owh sangkar tu ada2 ehhe....sangat membantu ^_^
ReplyDelete@Aishah Jahirah;
ReplyDeleteYe lah Aishah, kalau dah bela tu memang sayang, sanggup bersusah payah nak bawa bersama. Lega rasanya bila semuanya berjalan lancar.Cicie pun sangat riang ria sekarang ,hehe..
@Adriana;
ReplyDeleteWelcome Adriana,Alhamdulillah kalau n3 ni dapat membantu. Hehe..dah ada sangkar tu ye, senanglah macam tu. Semoga dipermudahlan segala urusan,semoga kucing Adriana dapat bersama kembali ke Semenanjung.
Bawak sekor kucing pon kene lalui presedur macam nie. Agaknya kalo kucing dibawak keluar negara, prosedur dia sama gak ke?
ReplyDelete@Adylia Qarrisa;
ReplyDeleteHa'ah Adylia, banyak surat-menyuratnya, terpaksa ke sana-sini tp demi kucing kesayangan buat dengan rela hati..
Salam. ini hanya untuk kucing je ke atau apply untuk semua binatang? macamana pula dengan Sugar Glider. :) nak bawa balik Sabah. huhu.
ReplyDelete@Mr Kazzia;
ReplyDeleteSugar Glider..bestnya, ummi pun suka tengok Sugar Glider ni. Ummi pun tak pastilah Mr Kazzia,rasanya kena ada permit jugak,cuba tanya Jabatan veterinar macamana,ni nombor telefon jabatan veterinar di KL yang mungkin boleh dihubungi untuk pertanyaan: 03-92849716
nak tanya..kalau nak check in kucing tu dari kuching terus ke alor setar, dapat ke tak?
ReplyDelete@Anonymous;
ReplyDeleteOoh tak tau pulak ummi, kena tanya jabatan veterinar jugak tu, no.telefon ada kat komen sebelum ni.
Kalau nak bawa kucing dari Semenanjung ke Sabah macamana pula? Adakah prosedur dia sama juga? Plan nak bawa si "COMOT" balik sana.
ReplyDelete@Anonymous;
ReplyDeleteRasanya sama jugak kot, cubalah telefon jabatan veterinar dulu tanya macamana.
salam, nk tanya travel carrier tu diorg provide or sendiri beli? n 1 lg, rekod kesihatan nk dptkn kt ne eh? tq~
ReplyDelete@tea_candy;
ReplyDeleteTravel carrier beli sendiri. Rekod kesihatan tu pergi kat klinik vet je..Tq
Tq sgt2, ur post byk bantu I sbb mmg tgh cari apa jenis sangkar nak pakai dan rupanya i beli sama mcm yg hitam tu. thnx again!
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat membantu sedikit sebanyak. Oh sangkar sama ke, hitam itu menawan. Semoga semuanya berjalan lancar, Tq.
ReplyDeletenk bwa kucing blik sabah,so just book tiket mcm biase je kn kat MAS atau nk bwa kucing adew cre lain nk book??mcmne ea??
ReplyDelete@Anonymous;
ReplyDeleteHehe..ummi pun tak tau juga macamana nak bawa ke Sabah, better tanya dengan MAS ye.Tq
Umi saize carrie pakai ape ye M ke L utk bawak seekor
ReplyDelete@Anonymous:
ReplyDeleteRasanya ummi pakai saiz M kot, yang kecik je, macam dalam gambar tu.Tak perlu besar2, payah nak bawa.
salam aunty, nak tanya, before kita amik lesen di jabaatan vet selangor, kita kena cucuk vaccine dulu ke dekat kucing kita? kalau kucing kita dekat sarawak mcm mana?
ReplyDeleteWassalam..
ReplyDeleteMemang kena vaccine,kalau kat Sarawak, vaccine kat mana2 klinik haiwan di sanalah.
tumpang tanya, nak naik flight kena ambil life insurance ke?
ReplyDelete@fazrilizwandyramli;
ReplyDeletemasa ummi hari tu tak ambik pun life insurance, sekarang tak tau pulak.
salam kak..nak tanya, diorang letak pet kt kargo selamat x? diorang jaga elok2 x? udara semua ok? saya nak bawak balik hamster ke swak..da byk generasi..xsggp nk tgglkan..lgpun nti xde org jaga dgn sempurna..
ReplyDeleteWassalam..
ReplyDeleteMasa hantar hari tu, dia orang bagitau ada ruangan khas untuk pet yg nak dihantar, pengudaraan pun ok. Selebihnya kenalah tanya pejabat haiwan ye, ummi pun tak berapa arif.
kalau nak hantar sugar glider ke sarawak mcm mane?
ReplyDelete@wiNk.(♥.♥).wiNk;
ReplyDeleteOwh maaflah, ummi pun tak tau, n3 kat atas ni adalah pengalaman ummi bawa balik kucing ke Semenanjung, kalau yang lain-lain tu ummi tak tau gak, sorry ye..
Salam sis... Sy Dyna.. Now stay di sabah but may b tahun depan akan posting ke semenanjung semula. Sy nak tanya sis nie, utk mendapatkan LESEN MENGIMPORT BINATANG-BINATANG’ dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar, di Semenanjung terlebih dahulu tue memang ke g ke cheras ke? sbb agk susah nak berurusan dari sabah.. atau adakah boleh kita minta diorg email kan form utk kita isi?
ReplyDelete@Dyna;
ReplyDeleteWassalam Dyna..
Maaf lambat respon, dah publish comment, terlupa pulak nak tengok balik.Maaf ummi pun tak tau samada boleh ke tidak, sebab masa ummi dulu memang dia suruh datng sendiri. Mungkin Dyna boleh call mereka untuk dapatkan confirmation.
salam ummiross..nk tnya, klu cntohnya just nk bawa kucing dr kota kinabalu ke tawau which is only in area sabah, adakah prosedurnya sama jgk seperti prosedur dr kl ke kuching??? terima kasih :)
ReplyDeleteWassalam..
ReplyDeleteMaaf banyak2, ummi pun tak tau jugak sebenarnya, ummi sekadar berkongsi pengalaman ummi bawa balik kucing ke Semenanjung, untuk yang lain2 kena tanya pejabat veterinar lah ye, dia orang lebih arif tentang hal ni.
Assalam
ReplyDeleteummiross klu agen yg buat penghantaran kite perlu jgk sediakan dokumen eksport tu mohon share yer coz umi dh ada pnglmn...:-)
Wassalam..
ReplyDeleteMaaf, kalau agen ummi tak tau.Ummi urus sendiri hari tu.
eh. carrier kita sama! kucing pon lebih kurang sama! hahahaha.
ReplyDeleteermm. nak tanya, procedure nie sama jugak ke kalau dalam semenanjung?
@ Insomniac;
ReplyDeletehehe..ummi suka carrier tu sebab kalernya hitam, tak cepat kotor, hik!.
Kalau dalam semenanjung,ummi pun tak tau, kena tanya pihak yang lebih ariflah nampaknya.
As slm kak..nk tanye..sy nk bw kucing sy ke UK sbb ikut suami sambung belajar. Adakah prosedurnye sama? Atau akk tau di mana sy blh buat urusan mengenai hal ini? Info akk amat membantu, terima kasih :)
ReplyDelete@ fasyaqeenah mykids;
ReplyDeleteWassalam,fasya..
Maaflah ye, Ummi pun tak boleh nak jawab soalan ni, rasanya better fasya hubungi jabatan veterinar sendiri. Dulu ummi berurusan dengan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, km. 4, Jalan Selar 4, Off Jalan Cheras, 56100 cheras Kuala Lumpur.
MUngkin boleh google dan dan dapatkan nombor telefonnya.
Assalam Ummi,
ReplyDeleteNak tnye, if nk bw blik kucing dr kl ke sabah, adakah prosedurnye sama ??
@Maco.BoutiQue;
ReplyDeleteSorry ye, ummi tak tau juga..
nak tanya..hari tu flight pagi ke malam? sbb saya pun nak bawa balik kucing juga..plan nak ambil last flight..tapi takut ada masalah pula nanti..
ReplyDeleteflight siang.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. tp sy ade masalah la kak.. sy nk bwk balik ke jb flight yg ade direct cume air asia jek.. mas ade tp kna transit ke KL.. boleh ke spe2 bantu sy..
ReplyDeletesalam, kalau kita sekarang di sarawak, mcm mana ye nak dapakan permit import dari pejabat vet cheras? lagi satu, perlu ke kita cucuk microchip dekat kucing kita yg nak bawa balik semenanjung tu?
ReplyDeleteWassalam amal.solehah.
ReplyDeleteUmmi minta maaf banyak2 sebab tak dapat memberi jawapan yang tepat, apa yang tertulis adalah perkonsian pengalaman sebagai panduan.
Tiap orang lain situasinya, so untuk lebih detail dan tepat, eloklah hubungi Jabatan Veterinar sendiri ye. Moga dipermudahkan oleh Allah SWT segala urusan.
Salam sis, nk tanya cage tu jenis yang plastik ke?
ReplyDelete@Joy;
ReplyDeleteYup..yang plastik je Joy.
asalam...boleh ajar sy mcm mn pula mau bw kucing dr KL ke KK? boleh email kan ke deladrianbadrin@yahoo.com.my
ReplyDelete@Ming Ahmad;
ReplyDeleteTerima kasih.
@Owais Badrin;
ReplyDeleteWaalaikumussalam..
Maaf akak cuma kongsi pengalaman. Untuk dapatkan info yang tepat, rasanya elok saudara Owais tanyakan dengan pejabat haiwan dan jabatan yang terlibat.
Pengelaman sy bawa dr Semenanjung ke Kuching.
ReplyDeleteMicrochip mmg kena untuk data kucing.
1. Dapat inport permit negeri nak bawa masuk/Sarawak.
2. Inport permit kena tunnuk untuk dapatkan Export permit dari tempat keluar/Semenanjung.
Sekarang kuarantin hanya 3 bulan. Dulu saya kena 6 bulan.