بسم الله الرحمن الرحيم
Pertama kali ummiross melihat keindahan Kampung Telaga Air Waterfront dalam rancangan Menu Alam, TV Al Hijrah. Jaraknya lebih kurang 40km dari Kuching, tapi tak pernah pulak ummiross ke sana. Khabarnya lokasi ni memang menjadi kegemaran untuk fotografi. Jadi ini adalah antara destinasi percutian jarak dekat kami, semasa cuti hujung minggu dan Krismas baru2 ni.
Taklah susah untuk sampai ke sini, tapi ummiross pakai GPS jugak. Pagi lagi kami dah sampai sini, udara pagi masih terasa sejuk, sejuk jugak mata memandang kehijauan dan sungai yang tenang.
Pemandangan dari jeti yang cantik. Ada gerai2 kecil menjual makanan di sekitar jeti. Anda boleh bentangkan tikar dan makan2 dibawah pokok2 besar yang redup.