Monday, September 26, 2011

SELAMAT TINGGAL BUMI KENYALANG…

Rakan sepejabat Mr Hubby baru sahaja bersara. Setelah 20 tahun mencurah bakti di Bumi Kenyalang, akhirnya bersiap sedia untuk pulang ke Malaya. Isterinya jugak rakan ummiross, menjalin persahabatan ketika sama2 menghadiri kelas mengaji Al Quran. Semalam kami menjemput mereka sekeluarga datang ke rumah. Ada sedikit majlis makan-makan sebelum mengucapkan salam perpisahan pada 1 Oktober nanti, entah bila dapat berjumpa lagi. Dua puluh tahun di Kuching bukannya waktu yang singkat, tempat yang mulanya terasa asing, mungkin sudah menjadi seperti kampung halaman sendiri. Kampung halaman sendiri pulak mungkin menjadi agak asing dalam tempoh yang begitu panjang ditinggalkan. Semoga Abang Zul, Kak Wan, anak, menantu dan dua orang cucunya yang comel akan menjalani hidup yang aman bahagia di Semenanjung nanti. Semoga cepat menyesuaikan diri, semoga mendapat jiran yang baik-baik belaka, semoga berbahagia disamping saudara mara.

 

DSC_0189DSC_0219

Ummiross masak nasi minyak, lauknya korma ayam dan ayam masak merah madu. Abang Zul kata sedap, tambah sampai 3 kali, hehe harap betul2 sedap ni Abang Zul. Yang ni ummiross masak cair sikit sebab nak banyakkan kuah, tapi bila ummiross panaskan balik untuk pekatkan lagi, rasanya lagi sedap. Resepi korma ayam ni memang istimewa dan ada kelainan, resepi chef terkenal seantero dunia. Masih ingat kawan ummiross dan suaminya yang tinggal di London.  Mereka berdua diberi kepercayaan oleh chef ni untuk membangunkan website beliau. Nanti ummiross kenalkan website tu, kawan ummiross sedang dalam proses memasukkan beberapa resepi dari buku terbaru beliau.

 

DSC_0195DSC_0206

Ni pemanis mulut kegemaran ummiross. Selalu orang guna gula Melaka, tapi kat Sarawak ni terkenal dengan gula Apong, jadi ummiross gantikan dengan gula apung. Gula apung ni memang sedap dan wangi, tapi kena tengok jugak, kalau dapat yang betul-betul pure memang ‘terangkat’. Sago tu ummiross campurkan putih dan pink, tuangkan santan dan gula apung yang telah dimasak bersama sedikit air. Nyaman bah!, sejuk je tekak…

 

DSC_0208DSC_0215

Selain dari blog rakan blogger, The Story of Amie’s Little Kitchen, satu lagi website bertema masak memasak yang ummiross sangat suka ‘melepak’ adalah Bisous A Toi, dah lama ummiross jadi silent reader blog ni, siap letak kat bloglist lagi. Ummiross sangat suka mencuci mata melihat berbagai dessert yang lazat2 kat sini. Gambar2nya pun cantik2. Melihat air tangan Rima ni, memang ummiross tabik  spring, berbakat dan teliti sungguh hasil masakannya. ‘Pinoy Salad Fruit’ ni ummiross ambik resepinya dari blog beliau. Thanks Rima kerana berkongsi resepi yang sedap2 dan ringkas dengan pembaca blog. Terus terang cakap, Pinoy Fruit Salad ni tersangatlah sedapnya, kawan ummiross pun siap tanya resepi, katanya sedap sangat. Kalau nak resepi dessert yang sedap-sedap, samada yang ringkas atau yang canggih2 , singgahlah kat Bisous A Toi ye…

Friday, September 23, 2011

SOLEHAH DI TV ALHIJRAH

IMG_6223IMG_6221

 

Solehah, program realiti pertama terbitan TV Al Hijrah telah bermula siarannya pada jam 8.30 malam ini, 23.9.2011.  Semuanya sebanyak 13 episod dan akan disiarkan setipa hari Jumaat, jam 8.30 malam.Episod pertama lebih kepada pengenalan peserta., dari pelbagai latarbelakang, semuanya comel-comel dan sejuk mata memandang. Objektif program Solehah ni untuk mencari pendakwah wanita yang memenuhi ciri-ciri wanita Solehah. Apakah Solehah mampu mencapai populariti sebagaimana program Imam Muda. Nampaknya ada dua program realiti yamg melibatkan pencarian pendakwah wanita, satu lagi ialah program Ustazah Pilihan terbitan Astro Oasis.

Pelakon Irma Hasmie yang semakin manis semenjak bertudung digandingkan dengan Nurul Iman sebagai pengacara. Jom kita layan gambar-gambar peserta Solehah TV Al Hijrah. Ummiross snap dari kaca TV je ye, cukuplah untuk mengenali setiap peserta dari dekat. Gambar kurang jelas disebabkan kesan lighting atas stage. Gambar-gambar juri dan tenaga pengajar ok je, jelas sangat.

 

IMG_6233                    IMG_6238

Sarah Azizul                                                                    Mariyam Sa’ari

 

IMG_6248                    IMG_6252

Siti Adibah Zulkifli                                    Nurul Eswani Syafazlin Abdul Halim

 

   IMG_6276                 IMG_6265

    Amie Sofea Ahmad                                                 Rosmarieza Rafiee

 

   IMG_6285                  IMG_6298

   Wan Nor Mazuani Wan Mokhtar                  Tuan Nor Shazni Tuan Muda

 

   IMG_6310                   IMG_6323

   Renny Johnuinn                                                 Wan suhaili Wan Mohd Yusof

 

  Tenaga Pengajar

   IMG_6346 IMG_6354

                                           IMG_6349

Para Juri

IMG_6360IMG_6355

                                         IMG_6358

Kita nantikan episod Solehah seterusnya, tercapaikah matlamatnya untuk melahirkan pendakwah wanita yang boleh menjadi ikon bagi remaja.

Monday, September 19, 2011

SARAWAK REGATTA 2011 DAN DEWA RAJA SUNGAI

Pasukan Dewa dengan perahu mereka Wangsamas muncul sebagai Raja Sungai atau ‘King of The River’, pada acara kemuncak iaitu Bidar 30 Pekayuh Lelaki  di Regatta Sarawak 2011.  Sila klik SINI untuk berita lanjut.

Inilah pertama kali ummiross melihat pekayuh-pekayuh berentap untuk bagi kategori Bidar 30 Pekayuh Lelaki bagi merebut gelaran Raja Sungai, memang hebat, dengan kudrat yang berpadu perahu meluncur begitu laju di permukaan air Sungai Sarawak.

DSC_0163 (2)

DSC_0154 (2)

DSC_0180 (2)

DSC_0181 (2)

Wira zaman moden, Dewa-Raja Sungai, meraikan kejayaan mereka.
Tahniah Dewa dengan perahu Wangsamas mereka…

DSC_0019 (2)

Ada autoshow, bila lihat ni teringat ummiross pada rakan blogger khairul dari Gilamodified. Amacam khairul, bila nak buat autoshow kat Kuching pulak?

DSC_0025

DSC_0041 (2)

DSC_0011

Suasana meriah, siap ada yang berkelah lagi di bawah redup pepohon di dataran Waterfront Kuching. Sementara di Sungai pulak, kocakan air  dengan pelbagai jenis perahu, menjadikan suasana sangat cantik dipandang. InsyaAllah panjang umur, tahun depan jumpa lagi, itupun kalau masih di sini..

SARAWAK REGATTA 2011 AND WAKEBOARD SHOW

بسم الله الرحمن الرحيم

Petang semalam ummiross berkesempatan ke Tebingan Sungai Sarawak (Kuching Waterfront), menyaksikan Sarawak Regatta 2011..the race for peace, yang bermula dari 15-18 September 2011. Acara tahunan ni lumba perahu mempunyai sejarah yang sangat signifikan. Bermula pada tahun 1870an, diwujudkan oleh pemerintah British untuk mendamaikan pertelagahan pelbagai  suku kaum di Sarawak ketika itu.

Jom kita layan suasana sekitar Sarawak Regatta 2011, part 1, wakeboard show dari USA.

Pertama kali ummiross rakam video dari kamera dslr, menggigil jugaklah tangan, terimalah seadanya, tunggu ye, lambat sikit…

DSC_0065

DSC_0130

DSC_0077

Pertunjukan wakeboard ni adalah acara penutup Sarawak Regatta 2011.  Seterusnya, nantikan pencarian Raja Sungai..

Thursday, September 15, 2011

BAJU RAYA…

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah bisnes batik Sarawak masih berjalan seperti biasa. Walaupun agak lama bercuti dan sangat kurang blogwalking, boleh dikatakan setiap hari ummiross menerima pertanyaan samada untuk pembelian individu dan jugak pembelian borong. Alhamdulillah mungkin itu jugak petanda kewujudan salamborneo di ‘talian’ semakin selesa. Minggu ini batik sarong Sarawak telah ‘terbang’ ke Selangor, Terengganu dan Negeri Sembilan, semoga semuanya selamat sampai.

Terima kasih jugak kepada customers yang menghantar email gambar baju raya yang cun melecun menggunakan batik sarong Sarawak. Bukan sahaja bajunya cantik, orangnya pun semuanya cantik2 dan masih muda belia. Oleh kerana ummiross tak berkesempatan meminta izin nak siarkan gambar mereka, jadi ummiross crop je lah gambar tu, janji nampak bagaimana mereka padankan batik sarong Sarawak dengan kain plain pilihan mereka.

bj2bj1bj4
Ni lah gambar yang dihantar. Gambar 1 dipadankan dengan batik Ratna Dewi, kod RD. Gambar 2 dipadankan dengan batik sarong Sarawak kod BS33. Dua2 gambar ni kiriman dari customer ummiross dari Negeri Sembilan. Gambar 3, kiriman dari regular customer ummiross dari Sabah, padanan kain kod RDT dengan kain plain pink, siap bersulam lagi, kelas gitu!

To Aisyah;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_1643_thumb[5] (1)
Semakan order
Kod                  : BS12-2pcs
Pos                  : 14.9.2011
Tracking no  : LD13 304 346 5MY


To Siti;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_0129_thumb[11]
Semakan order
Kod                 : BS33-4pcs
Pos                  : 13.10.2011
Tracking no  : CD106126205MY

 

To Aina;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_5955_thumb[6]
Semakan order
Kod                  : RD94-1pc
Pos                  : 13.5.2011
Tracking no  : LD13 304 346 5MY

Monday, September 12, 2011

RAIKAN KASIH SAYANG

Raya menjadi sangat bermakna bila kedua orang tua atau salah seorang darinya masih ada. Rumah ibubapa menjadi tempat berkumpul. Suasana menjadi lebih meriah bila anak2 yang merantau jauh dapat kembali beraya. Dapat bertemu adik beradik, anak buah dan saudara mara merupakan satu kepuasan tak terhingga. Bersyukur dan raikanlah pertemuan, raikan kasih sayang, kerana raya pasti jauh berbeza bila ibu bapa telah tiada…

DSC_0781
Anak ayah-mohon kemaafan, moga amal ibadat diterima…

 

DSC_0871
Sesudah solat raya, wazzup-wazzup…!!!

 

DSC_0903
Jom bakar satay…

 

DSC_0901
The cousins- satay memang enak, tapi keseronokan
sebenar dapat meraikan aidil fitri bersama, ia pasti
jadi kenangan…

 

DSC_0887
Gelagat si kecil…

 

DSC_0852 
Si kembar ‘putih gebus’ dari Penang…

 

DSC_0771
Jurang generasi-abang ummiross masih ada anak
kecil, anak bongsu ummiross dah besar panjang,
tapi si kembar masih mahu berdiri sama tinggi…

 

DSC_0880
Anak adik-satay? ada aku kisah.., hitung
duit raya dulu, cukup tak nak beli helikopter ni, hik!

 

DSC_0924 
Petang raya- si kembar sangat seronok tengok ubi kayu,
Hanya ada 2 pokok ubi kayu ditepi pagar nenek mereka, cucu2
hanya seronok mencabut, tapi bila di masak mereka tak
makan, yang selebihnya ummiross buat talam ubi…

ps : Balik dari bercuti raya, excited nak buat beberapa n3, tapi laptop ummiross buat hal sikit, tak dapat nak buka. Sekarang ni tengah baiki lagi. Akhirnya ummiross guna lappy anak, tentu tak sama kerana dah biasa dengan lappy sendiri, tapi ok lah untuk sementara. Sorrylah komen2 sebelum ni tidak berbalas.