Sunday, May 23, 2010

BATIK SUTERA BETONG





Terbuka untuk jualan runcit dan borong....
Jenis : Batik Sutera Betong
Corak : Abstrak ( unsur etnik )
Harga Runcit : RM65 (4meter)
RM33( 2meter)
Harga Borong : Sila e-mail atau sms sahaja.


SB1(OUT OF STOCK)


SB2 ( sold - out of stock )



SB3(OUT OF STOCK)


Sesuai juga untuk kemeja lelaki ( bukan kain sutera asli )

___________________________________________________________________________________





CH1 CH2





CH3 CH4





Jenis : Kain Chiffon Lollipop(OUT OF STOCK)

Harga : RM20 ( 2meter )
Cadangan : Kain chiffon ini boleh dipadankan dengan batik sarong Sarawak, batik jacquard corak etnik atau batik sutera Betong.


BS10 BS11 BS18 BS13



Jenis : Batik Sarong Sarawak
Ukuran : 2 m
Kain : Cotton Lembut
Harga Runcit : RM25
Harga Borong : Sila email atau sms sahaja
Sila rujuk entry sebelum ini dibawah label batik sarong Sarawak untuk lebih pilihan

Harga tidak termasuk postage
Pos biasa RM5.50/kg
Pos laju RM13/kg




























Wednesday, May 19, 2010

KAIN PASANG SARAWAK CORAK PUA KUMBU KOD P





Hari ni kita tengok kain batik pasang untuk buat baju pulak ya. Kain ni unik sebab mempunyai corak etnik suku kaum di Sarawak iaitu corak pua kumbu dan corak orang ulu. Siap padanan 2 meter untuk baju dan 2 meter untuk kain iaitu 2m corak penuh dan 2m kosong diatas, ada kaki bercorak di bawah. So ikut kreativiti masing-masing lah ye mana nak dijadikan kain dan mana nak dijadikan baju. Atau anda juga boleh beli 2m sahaja samada yg bercorak penuh atau berkaki untuk dipadankan dgn kain kosong.
Jenis kain :- Jacquard
Ukuran :- 4m ( 2m bercorak penuh, 2m kosong bercorak di kaki)
Harga runcit :- RM75 sepasang
Harga runcit :- RM38 untuk 2m
Harga borong :- 5 helai dan ke atas (sila e-mail atau sms sahaja) :
Ummiross@gmail.com
017 8503585
Pos laju :- RM8/500 gm pertama, RM13.50/kg
Pos biasa :- RM5.50/kg 

                                           P1


                                            
                                           P2
                                      


                                           P3
                                        

                                           P4

                                            
                                           P5
                                        

                                            P6
                                     

                                           P7
                                       

                                           P8(OUT 0F STOCK)


                                            P9
__________________________________________________________________________________

Ini kain yang di order oleh Mama Q.... dari Sabah, 10 helai harga borong, anda bila lagi?
(CD 106123972 MY)
To Mama Q.... terimakasih daun keladi, lain kali order lagi...

Monday, May 10, 2010

Jom Bisnes Batik Sarong Sarawak Design




Haa dah jauh berjalan kita masuk kedai balik ye, bisnes tetap bisnes. Jom bisnes kain batik sarong Sarawak dgn ummiross, ambik 5 helai paling minima dah dapat harga borong, lagi banyak lagi murah....
Jika berminat sila hubungi, ummiross@gmail.com atau sms sahaja ke 017 8503585

________________________________________________________________

 Ni order dari MMU student, Melaka. They all minta tolong ummiross carikan kain chiffon untuk dipadankan dengan kain batik kelabu kehitaman ni, cantikkan...

Dia orang order 6 pasang, untuk semua housemate, so dah dapat harga borong, jimatkan..anda bila lagi?
      

                                                                                  


Terima kasih daun keladi, lain kali order lagi
__________________________________________________________________________________



Ni pulak order dari Kajang Selangor, 24 helai semuanya, lambat sikit sampai kot sebab pos biasa, jimatlah sikit kos, kalau tak urgent pakai pos biasa lagi jimat.

Terimakasih daun keladi,lain kali order lagi...
___________________________________________________________________________________
Sape2 yang berminat pilih lah ye, anda boleh rujuk entri2 terdahulu jugak untuk membuat pilihan. Tuliskan kod and emailkan atau sms saje.
Jenis kain : cotton viscose
Harga runcit : RM25
Harga borong : 5 helai ke atas
Poslaju         : RM8 bg 500 gm pertama ;RM13.50/kg
Pos biasa      : RM5.50/kg



                                                                  

                                                     
___________________________________________________________________________________

Anda Suka pink? Sangat suka pink...!!!!                                                                                                                                                

                       out of stock
contoh padanan BS12                                                                                                            BS12 __________________________________________________________________
                                                
                                                                                      out of stock      


                                              

                                                     


                                                     


__________________________________________________________________________________

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu




 Kepada Semua Ibu-ibu

Anda semua wanita hebat, Allah kurniakan kamu dengan permata-permata hati yang se isi dunia tiada galang gantinya, kemudian Allah mengangkat martabat kamu disisiNya, syurga di telapak kakimu, .sebenarnya Allah sangat sayang kamu...

Kami juga sayang kamu...SELAMAT HARI IBU

Friday, May 7, 2010

Sunset At Sungai Kapuas,Pontianak, Indonesia

Mungkin ada yang perasan entry ni telah dipost sebelum entry hari ibu ni, tapi entah macamana semasa sessi edit-mengedit,dan godek-menggodek pagi tadi entry ni telah terdelete, sayang jugaklah komen-komen dari beberapa teman blogger dah hilang. Ummiross decide untuk publish semula sebab entry ni ummiross dedikasikan buat semua sahabat2 yang meraikan kami di Pontianak, dan sebab kedua ummiross suka sangat sunset tu...


  

__________________________________________________________________________________
Teruja jugak bila ibu yetty yang anggun itu mengajak kami ke Sungai Kapuas, untuk melihat  matahari terbenam. Di sini disediakan bot untuk menyusuri sungai sambil memerhati matahari sedikit demi sedikit hilang dari pandangan,siang berganti malam.....



                                           Sessi posing2 dulu, biasalah....


                                           Menunggu makanan yang di order sebelum bot mula bergerak..


                                           Wah kakak2 ku sedang menikmati kue teow goreng
                                           dan goreng pisang panas dgn serikaya

                                           Haa tengok tu,cantikkan, seronoknya berada disini
                                          memerhatikan ciptaan Allah yang begitu indah...

                                           Hujan renyai-renyai di remang petang...


                                           Kalau burung pulang ke sarang, kapal pula pulang ke...
                                          pangkalan

                                  
                                       
                                          Berlalu sudah siang ....

   " Engkaulah  (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. ............" Ali 'Imran  ( ayat 27 )


To Pak Anwar,Ibu Myrna,Yetty,Rozy,Melly dan keluarga, ibu Har dan semua saudara mara kak Adi yang
meraikan kami sepanjang di Pontianak, terimakasih banyak2 ummiross ucapkan, budi kalian tak terbalas,
kalian semua baik bangat...












Tuesday, May 4, 2010

Jom Jalan-Jalan ke Pontianak








Ummiross ni pantang diajak berjalan, terutamanya jika di ajak kawan2 menziarahi saudara-mara mereka di tempat yg belum pernah ummiross kunjungi. Seronok dapat menemui kawan2 baru dan mengenali adat resam mereka secara lebih dekat,seronok jgk kerna ( hehe mentang2 baru balik dari tanah seberang ye ) dpt melancong and yg paling best dpt shopping.

Kali ni ummiross n geng jeng2 ke Pontianak Indonesia, ikut kak Adi yang manis menziarahi saudara maranya.
Kami menaiki bas S.J.S (executive),11 pagi dan sampai dalam pukul 8 mlm, tambangnya cuma RM75. Balik pula ummiross naik flight, ongkosnya Rp680 000 ya ibu2,bapak2. Jom jalan2...




Check in di Hotel Kini










Selepas check in dibawa oleh keluarga Kak Adi untuk menjamu
selera di Wong Solo makan ayam penyek,nyaman tp pedas bangat...




 
 
 
Masa untuk shopping kat jalan Sudirman,dekat hotel je ni, anytime boleh pergi...


Menjamu selera sup ekor di warung
Hj Suib sambil  dihiburkan pemuzik jalanan yg mencari rezeki halal, bagus sekali nyanyian mereka






  Nyamannya eskrem Petrus ni, aiskrim coklat n vanilla,kacang merah n jelly di isi dlm kelapa muda, good idea...                   






                                                                                                       


                                  

Di raikan di rumah ibu Har,taukeh perabut jati, makan2 lagi.....






Bergambar kenangan dgn mempelai dihari pernikahan                                Bunga pahar dr telur puyuh













'Spotlight dinner' di rumah ibu Mirna, di tengah rumah ni ada taman yg luas, bestnya makan seafood di sini


*next episode : sunset di Sungai Kapuas....